suria

Alhamdulillah… Kesihatan Zamani makin baik, tak sabar nak beraksi selepas dua tahun rehat

Sekian lama menanti, akhirnya impian Zamani hiburkan peminat direalisasikan Februari tahun depan.

BAKAL menjayakan konsert berskala besar Februari tahun depan, vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani mengakui teruja untuk menghiburkan peminat yang sudah lama merindui kemunculan mereka.

Meskipun sebelum ini keadaan kesihatannya kurang baik, Zamani atau nama sebenar Zamani Ibrahim, 50, berkata itu bukan penghalang untuk dia memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut.

"Memang ada rasa (gementar) sebab dah dua tahun tak keluar tiba-tiba nak muncul dalam konsert besar, jadi ada la rasa sedikit tekanan tapi dalam masa sama kita rasa happy sebab nak jumpa peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani selesa naik skuter tiga roda... sakit tulang belakang makin merosot - “Saya harapkan job, bukan bantuan”

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani bakal kongsi detik hitam sepanjang proses pemulihan dadah di Showcase Lejen Ria

"Cuma itulah kita takut kalau ada benda-benda yang tak diingini berlaku... yang itu kita cuba elakkan. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan sehingga hari konsert itu nanti.

"Saya pun sebenarnya tidak mahu faktor kesihatan dijadikan alasan... kalau boleh saya nak tutup buku tentang masalah kesihatan ini dan beri fokus sepenuhnya persediaan konsert itu nanti," katanya kepada mStar.

zamani

Zamani tak sabar nak bertemu peminat.

Zamani berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kumpulan ini bakal mengadakan konsert istimewa di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari tahun depan.

Alhamdulillah hasil rawatan berterusan termasuklah dengan menggunakan katil Ceragem, kesihatan saya semakin baik.

ZAMANI

PENYANYI

Untuk rekod, penyanyi yang popular menerusi lagu Gerimis Mengundang ini menghidap penyakit skoliosis yang membuatkan tulang belakangnya melengkung sejak 2019.

Berkongsi perkembangan terkini, Zamani memberitahu masalah yang dihadapinya semakin pulih hasil rawatan yang dilakukan selama ini.

zamani 2

(Dari kiri) Eddie, Shah dan Zamani bakal muncul dalam Konsert Slam Mentari Muncul Lagi pada Februari 2022.

"Memang penyakit itu mengganggu kemampuan vokal saya sebab tulang belakang itu menghimpit saraf.

"Tetapi Alhamdulillah hasil rawatan berterusan termasuklah dengan menggunakan katil Ceragem, kesihatan saya semakin baik. Selepas ini kami dah boleh berlatih bersama-sama sehingga hari konsert.

"Sebab itu saya yakin untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan. Kalau ikutkan tarikh asal iaitu pada Januari lalu, tapi semasa itu memang saya masih sakit," ujarnya.

Tiket bagi Konsert Slam Mentari Muncul Lagi bermula serendah RM130 hingga RM700 dan tempahan tiket boleh dilakukan menerusi www.myticket.asia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain