suria

Karl Shafek capai impian buka kedai makan, tengok ibu jual nasi lemak tepi jalan beri kekuatan

Karl teruja dapat buka kafe sendiri.

IMPIAN yang disimpan pengacara Karl Shafek sejak kecil iaitu membuka sebuah kedai makan yang menjual makanan kegemarannya akhirnya tercapai.

Melihat ibu berniaga nasi lemak di tepi jalan ketika membesarkannya membuatkan Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim berazam ingin mengusahakan kafe sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun Karl Shafek berdepan depresi, masih dapatkan rawatan pakar

"Sebenarnya saya dah lama simpan impian untuk membuka sebuah kafe. Dari sebelum masuk program MasterChef lagi memang dah simpan hasrat itu.

Saya ambil masa lebih dua bulan untuk membuka kafe ini.

KARL SHAFEK

PENGACARA

"Selain itu, keluarga saya iaitu ibu juga memang pernah buka gerai tepi jalan menjual nasi lemak dan ketering kecil-kecilan.

"Jadi, saya pernah terfikir satu hari nanti saya pun nak ada satu kafe sendiri dimana saya menjual makanan kegemaran saya," katanya kepada mstar.

Karl yang juga peserta rancangan MasterChef Selebriti Malaysia itu ditemui ketika pelancaran Dulang Kafe miliknya di Kompleks Kelana Jaya Central Point pada Jumaat.

Pada majlis pelancaran itu, rakan selebriti Karl iaitu penyanyi Asmidar turut menghiburkan para tetamu yang hadir.

Karl 1

Karl menyediakan makanan kegemarannya iaitu nasi ambang.

Dalam pada itu, pengacara berusia 41 tahun ini mengakui dia berdepan pelbagai cabaran untuk membuka kafe tersebut.

"Saya ambil masa lebih dua bulan untuk membuka kafe ini. Ikutkan perancangan nak buka pada awal November selepas saya selesai fashion show.

"Tapi berdepan dengan masalah ubah suai yang mengambil masa agak lama untuk siap sepenuhnya. Ingatkan nak buka pada 19 November lalu tapi tak boleh juga.

"Sehingga la hari Jumaat lalu, saya ambil keputusan teruskan saja pelancaran pembukaan kafe ini. Tak nak tangguh dah," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain