suria

Isteri pelik jarang ‘post’ foto bersama di IG, Caprice minta pakai tudung dulu!

Caprice berharap agar suatu hari nanti isterinya dapat berubah kerana Allah.

BELUM cukup sebulan usia perkahwinan, sudah ada netizen yang meminta penyanyi rap Caprice menegur pemakaian isterinya Farra Inalis agar menutup aurat.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata, dia sudah melaksanakan tanggungjawab itu namun tidak mahu wanita berkenaan untuk bertudung kerana dipaksa mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Caprice kahwin senyap-senyap

ARTIKEL BERKAITAN:Dua tahun jadi ibu tunggal, Farra Inalis setuju terima lamaran Caprice kerana anak... enam bulan kenal dah panggil ‘daddy’

ClipboardTRG

Tangkap layar posting yang dimuat naik oleh Caprice di Instagram.

"Soalan yang ramai DM dan komen, tak nak tegur bini ke? Percayalah, saya dah tegur. Saya tak mahu memaksa dia kerana saya juga ada banyak kelemahan. Saya tak nak dia berubah untuk saya, netizen mahupun masyarakat.

"Saya nak dia berubah kerana Allah... ia bukan satu perkara yang mudah bagi isteri sejak dia masuk ke dalam dunia saya dan menjadi perhatian ramai.

“Tetapi saya berharap InshaAllah Farra dapat berubah," ujar Caprice yang turut memuat naik foto isterinya memakai hijab.

Saya hargai mereka yang memberi nasihat di DM dan akan cuba yang terbaik untuk menjadi seorang suami serta bapa.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Dalam pada itu, Caprice mendedahkan dia jarang memuat baik foto bersama Farra di laman Instagram sehingga dipersoalkan isterinya itu.

Malah, Caprice juga meminta Farra menjadikan beberapa selebriti yang sudah berhijab sebagai contoh dan inspirasi untuk dia berubah.

"Kebelakangan ini saya banyak berikan contoh kepada dia seperti Zizi Kirana, Fazura dan Izara sebagai inspirasi untuk berubah dan membakar semangat dia.

“Baru semalam kita gaduh sikit sebab dia soal kenapa saya jarang post gambar dengan dia dekat my main-page IG.

262545209_278348607580459_50134464885030724_n

Caprice mendirikan rumah tangga bersama Farra pada 15 November lalu.

"Saya beritahu dia, satu-satunya cara saya akan muat naik gambar bersama di IG hanya jika dia berhijab. Nasib baik tak tidur di sofa," katanya.

Dalam pada itu, Caprice berterima kasih kepada netizen yang memberi teguran dan berjanji untuk sentiasa berusaha menjadi seorang ketua keluarga yang baik.

"InsyaAllah guys, saya hargai mereka yang memberi nasihat di DM dan akan cuba yang terbaik untuk menjadi seorang suami serta bapa," ujarnya.

Caprice mendirikan rumah tangga bersama Farra yang mempunyai yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea pada 15 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain