suria

“Minta maaf buat kamu rasa tak dipedulikan...” - Norman Hakim bangga kejayaan Danisha

Norman kongis momen bahagia bersama anaknya.

SEAKAN-AKAN memahami luahan hati anak bongsunya, pelakon Norman Hakim meluahkan rasa bangga dan syukur atas kejayaan cemerlang Maria Danisha dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 50, berkata dia menyedari setiap usaha yang dicurahkan anaknya sepanjang menghadapi peperiksaan tersebut.

"Papa (nama panggilan Norman) benar-benar minta maaf jika pernah membuatkan kamu rasa tidak dipedulikan. Tetapi ketahuilah, papa nampak kamu.

Norman bangga dengan kejayaan Danisha.

"Papa nampak usaha, kekuatan dan kesabaran kamu dalam memberikan yang terbaik untuk SPM 2025 kamu," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Menurut Norman, kejayaan yang diraih Danisha  adalah hasil daripada usaha gigihnya sendiri dan dia sememangnya layak untuk memperoleh kecemerlangan tersebut.

"Tahniah yang tidak terhingga atas keputusan kamu yang cemerlang! Setiap usaha kamu, termasuk perjuangan senyap yang tiada siapa nampak benar-benar telah membuahkan hasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan anak bongsu Abby Abadi, Norman Hakim raih perhatian netizen

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluar cepat daripada mimpi ngeri” - Abby Abadi sokong Marissa Dania mahu bercerai

"Kamu memang layak untuk saat ini, lebih daripada yang kamu sangka, sayang," ujarnya.

Dalam pada itu, Norman turut menegaskan dirinya sentiasa ada untuk anaknya sebagai tempat bergantung serta memberi sokongan..

“Awak tak perlu tanggung semuanya seorang diri. Perasaan awak penting, usaha awak penting, papa akan sentiasa ada untuk awak,” tambahnya.

Sebelum ini, perkongsian anak bongsu kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim menimbulkan tanda tanya apabila mendakwa dirinya seolah-olah kurang diberi perhatian selepas meriah kejayaan dalam SPM.

Perkongsian Danisha sebelum ini raih perhatian ramai.

Dalam hantaran itu, Maria Danisha Hakim, 18, seolah-olah mendakwa dipinggirkan walaupun telah berusaha dalam diam.

Bagaimanapun dalam satu hantaran lain, dia menegaskan perkongsian tersebut tiada kaitan dengan isu keluarganya yang berlaku ketika ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain