PELAKON Niezam Zaidi tetap menunjukkan semangat untuk mempromosikan filem lakonannya, Orang Perang biarpun suasana pawagam kelihatan lengang dan kurang penonton.Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna Threads, Niezam atau Mohd Niezam Mohd Zaidi, 34, dilihat tetap melakukan kunjungan promosi dan berterima kasih kepada penonton yang hadir menyaksikan filem itu. Malah, Niezam turut berharap lebih ramai penonton memberikan sokongan terhadap filem tersebut pada hari berikutnya."Terima kasih, penuh hari ini Alhamdulillah. Penuh bersemangat."Saya harap esok malam lebih ramai yang akan support filem Orang Perang. Jangan lupa saksikan di pawagam," katanya.Filem lakonan Niezam kini ditayangkan di pawagam.Dalam pada itu, individu yang berkongsi video berkenaan turut memuji komitmen Niezam dalam mempromosikan filem tersebut."Sangat rare ya, pawagam kosong pun Niezam Zaidi komited buat tour dan ucap terima kasih kepada penonton filem Orang Perang!"Memang respeklah," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: ”Sumpah saya maafkan kalian” - Letih diserang, Niezam Zaidi pilih ‘hilang‘ dari media sosialARTIKEL BERKAITAN: Kening koyak terkena pistol... Niezam Zaidi tolak rawatan, hanya sapu minyak gamatUsaha mStar bagi mendapatkan kenyataan daripada Niezam tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab. Selain Niezam, filem Orang Perang turut dibintangi Syazwan Zulkifli, Ammar Alfian, Fadli Masoot, Azhan Rani, Kazar Saisi, Adam Corie, Hairi Safwan dan Fauzi Nawawi. Orang Perang mengangkat keberanian masyarakat Orang Asli kaum Semai dalam mempertahankan tanah air ketika Tanah Melayu berdepan ancaman komunis pada era 1950-an. Filem arahan Hashim Rejab ini sudah berada di pawagam sejak 1 Oktober.