suria

Simpati dengan bekas suami, Nurul Shuhada yakin ada pihak cuba pengaruh Hafidz Roshdi

Shuhada harap dia dan Hafidz dapat teruskan kehidupan dengan lebih baik.

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendakwa ada pihak cuba menjadi dalang untuk mngeruhkan lagi keadaan berhubung isu yang berlaku di antara mereka.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 31, juga tidak menolak kemungkinan segala tindakan Hafidz adalah dipengaruhi oleh orang terdekat.

"Saya tahu bekas suami akan teruskan hidup macam biasa. Saya tahu bagaimana dia susah dan orang sekeliling dia sedang tambah kesusahan yang dia tanggung sekarang ini.

Perkongsian Shuhada di Instagram.

"Orang sekeliling yang buat dia makin susah. Cuba buat keputusan bagi pihak dia dengan sebarkan kononya isi sulit, tetapi yang kena tanggung adalah bekas suami," katanya.

Shuhada menulis perkara itu dalam ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dia juga mendakwa ada pihak pernah menyebarkan dokumen mahkamah yang pernah dipersetujui sehingga ia menjadi bualan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri minta Hafidz Roshdi datang Australia jumpa anak, pesan selesaikan tunggakan nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada hidup bahagia di Australia, tak tolak sekiranya ada jodoh anak-anak dapat ‘daddy’ baharu

Dalam masa sama Shuhada juga meluahkan rasa simpati apabila melihat Hafidz perlu berdepan situasi sebegini sedangkan ia berpunca daripada orang lain.

"Sebelum saya ke sini (Australia), memang dan kenal pasti siapa orang terdekat sebarkan perjanjian sulit ditandatangan depan hakim.

“Tuan badan tahu akan kesannya kalau umum isi dokumen. Tukang sebar ialah orang sakit hati tengok tuan badan hidup susah dengan kesalahan dia buat.

Saya akan buat apa yang boleh untuk bantu dia

NURUL SHUHADA

"Saya kesian dekat dia. Semoga Allah bantu dia bina hidup. Saya akan buat apa yang boleh untuk bantu dia. Apa-apa pun dia adalah seseorang yang pernah saya sayang," ujarnya.

Shuhada berkongsi perkara itu selepas isu hak penjagaan dua anak mereka masih belum selesai.

Pada 30 April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan Hafidz mendapat hak lawatan interim terhadap dua orang anak mereka iaitu Humairah dan Umar sepanjang tempoh cuti sekolah bermula 29 Mei sehingga 9 Jun depan.

Shuhada bersama dua anaknya kini menetap di Australia.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan Shuhada perlu pulang ke Malaysia dan menyerahkan anak-anak kepada Hafidz sepanjang tempoh cuti persekolahan.

Memberi respons tentang perkara itu, Shuhada meminta Hafidz sendiri datang ke Australia jika ingin berjumpa anak-anak disebabkan mereka kini menetap dan bersekolah di sana.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan Umar yang kini berusia 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain