SETIAP insan di dunia ini yang pernah tersilap langkah dalam hidup pastinya berhak diberikan peluang kedua untuk berubah dan memulakan lembaran baharu.Namun bagi seorang gadis, sejarah hitam yang pernah melingkari hidupnya meninggalkan parut emosi terlalu dalam sehinggakan dia tidak lagi menaruh sebarang harapan untuk mendirikan rumah tangga. "Aku tak rasa aku akan kahwin sampai bila-bila. Aku tak boleh bayangkan macam mana nak jujur dengan bakal suami bahawa aku sudah tak ada dara. Aku tak rasa layak dapat sesiapa.Pintu taubat sentiasa terbuka buat mereka yang pernah melakukan kesilapan. -Gambar hiasan AI"Aku pun tak nak kahwin dengan orang yang dah ragut kesucian aku. Dia lelaki pertama sentuh aku, tapi aku bukan perempuan pertama dia sentuh. Lebih baik aku hidup sendirian sampai mati."Kalau aku bertaubat, Allah boleh ampunkan dosa aku. Tapi aku tak boleh maafkan diri sendiri sampai bila-bila," luahnya sayu penuh penyesalan.Hantaran yang sarat dengan air mata dan rasa bersalah itu dengan pantas mengundang perhatian warga maya sehingga menerima lebih daripada 100 komen netizen.Gadis buat pengakuan berani tentang dirinya sehingga tular di Threads.Gadis itu mengaku tiada dara dan merancang hidup bujang sampai tua.Dia tidak sanggup untuk bersikap jujur dengan bakal suaminya tentang hal itu.Ramai netizen beri kata-kata semangat untuk dia membina masa depan yang lebih baik.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, ramai yang memberi kata-kata semangat agar gadis itu kuat untuk membina kehidupan lebih baik demi masa depannya."Taubatlah dik. Saya percaya akan ada lelaki yang cintakan kamu dan boleh terima seadanya."Kita tak boleh ubah masa lepas. Sebab itu wujudnya masa depan," tulis beberapa netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Fikiran serabut lepas tahu bakal isteri tiada dara, pernah ambil dadah... Terus rasa tak ‘seronok’ nak kahwinARTIKEL BERKAITAN: Awalnya tak kisah bakal isteri tiada dara, pemuda ubah fikiran selepas merisik! Batal nikah keluarga minta hantaran 10KTambah netizen lagi, tidak semua kisah silam perlu diceritakan kepada bakal suami jika seseorang itu sudah bertaubat dan berubah."Allah dah tutup aib kamu. Bakal suami pun tak perlu tahu sejarah silam. Tak semua perlu diceritakan."Selagi bakal suami awak tak tanya, tak perlu ceritakan segalanya," pesan netizen lagi.