suria

Go Kyung Pyo sudah ada kekasih, rupanya bercinta sejak 3 tahun lalu 

Kyung Pyo bercinta secara senyap-senyap?

BELUM reda kontroversi melakukan aksi tidak senonoh bersama seorang wanita ketika mengambil gambar dalam photobooth, pelakon Go Kyung Pyo dilaporkan sudah memiliki kekasih.

Apa lebih mengejutkan, Kyung Pyo didakwa sudah menjalinkan hubungan cinta dengan teman wanitanya sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun ramai tidak dapat menghidu hubungan tersebut memandangkan wanita tersebut merupakan golongan biasa dan bukannya selebriti.

830 x 533 - 1

Go Kyung Pyo rahsiakan hubungan cinta daripada umum.

"Dia memang cukup bijak menyimpan rahsia tentang hubungan cintanya sehinggakan ramai tak perasan Kyung Pyo sudah ada teman wanita.

"Kekasihnya juga sangat menjaga privasi memandangkan dia bukan dalam kalangan selebriti dan hanya wanita biasa," kata sumber.

Sementara itu, syarikat pengurusan Kyung Pyo iaitu CLU & COMPANY enggan memberikan sebarang respon berhubung gosip membabitkan kehidupan peribadi artis mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Go Kyung Pyo masih waras, jawab tuduhan ambil foto tak senonoh bersama wanita dalam ‘photo booth’

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Go Kyung Pyo ubat rindu peminat

"Sukar untuk mengesahkan hal tersebut kerana itu urusan peribadinya," kata wakil syarikat berkenaan.

Sehingga kini pelakon drama bersiri Reply 1988 itu memilih mengunci mulut berhubung gosip terbaharu mengenai dirinya.

Bagaimanapun peminat merestui hubungan tersebut dan merasakan sudah tiba masa Kyung Pyo mendirikan rumah tangga apatah lagi usianya sudah mencecah 35 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain