suria

Album solo hanya memuatkan 4 buah lagu, peminat kata Jisoo pemalas

Jisoo dikritik peminat kerana mengeluarkan empat buah lagu sahaja.

PENGUMUMAN album solo anggota kumpulan Blackpink iaitu Jisoo berjudul Armotage nampaknya mendatangkan kemarahan peminat.

Mana tidaknya, peminat menuduh Jisoo atau Kim Ji Soo, 30, sebagai pemalas apabila album tersebut hanya memuatkan empat buah lagu.

Peminat menganggap jumlah lagu tersebut terlalu sedikit untuk sebuah album solo.

Untitled design (10)

Jiso bakal mengeluarkan album solonya berjudul Armotage.

Malah ramai merasakan ia tidak berbaloi dengan penantian panjang untuk mendengar album solo daripadanya.

"10 tahun dalam industri dan hanya empat buah lagu sahaja? Kami merayu agar berikan lebih banyak lagu untuk peminat!

"Awak melawak ke? Ia langsung tak kelakar," komen peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Drama belum tayang tapi netizen dah kecam lakonan Jisoo Blackpink nampak ‘kayu’

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak suka Jisoo Blackpink lebih fokus lakonan, minta jangan lupa nyanyian

Pada Isnin, Jisoo mengumumkan pelancaran album berkenaan yang menampilkan lagu seperti Earthquake, Your Love, Tears, serta Hugs and Kisses.

Armotage bakal dilancarkan pada 14 Februari ini.

Untuk rekod, Jisoo pernah mengeluarkan single solonya yang berjudul Me, Flower dan All Eyes On Me pada 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain