suria

Vadel Badjideh setia orangnya, tak cemburu tengok anak Nikita Mirzani dengan lelaki lain

Vadel tidak cemburu melihat foto kekasihnya dengan lelaki lain.

PERSONALITI media sosial Vadel Badjideh tidak percaya teman wanitanya iaitu Laura Meizani sudah mempunyai pengganti.

Ia susulan ibu Laura iaitu Nikita Mirzani memuat naik foto anak perempuannya itu bersama seorang lelaki di Instagram sebelum memadam gambar berkenaan.

Kata Vadel, 20, langsung tiada perasaan cemburu terbit dihatinya ketika melihat gambar tersebut kerana lebih mengenali Laura atau mesra disapa Lolly.

Vadel akui tidak cemburu melihat foto kekasihnya bersama lelaki lain.

Vadel bertekad untuk tidak melepaskan Lolly.

"Kenapa perlu cemburu? Saya yang menemani dia dari dulu sampai sekarang.

"Kalau awak suruh saya percaya, saya tak percaya!," katanya.

Vadel sebaliknya gembira melihat senyuman Laura dalam foto tersebut dan mendoakan agar kekasihnya itu dapat menjalani kehidupan bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka aib teman wanita, netizen serang kekasih anak Nikita Mirzani

ARTIKEL BERKAITAN: Vadel Badjideh mahu kahwin anak Nikita Mirzani, nafi rogol dan paksa kekasih gugurkan kandungan

Kata Vadel, dia akan tetap setia dengan Laura dan tidak akan sesekali melepaskannya.

"Alhamdulillah saya tumpang gembira jika Lolly gembira sebab itulah yang saya harapkan.

"Saya seorang yang setia dan saya tidak akan melepaskan Lolly. Saya tahu dia juga berperasaan sama," jelasnya.

Untitled design (8)

Hubungan Nikita dan lolly bermasalah sejak 2023.

Pada 19 September tahun lalu, Nikita nekad menghantar Lolly ke sebuah pusat pemulihan wanita selepas menangkap remaja itu di rumah sewanya.

Ia susulan menyelamatkan Lolly daripada Vadel yang didakwa pernah menghamilkan remaja itu sebanyak dua kali dan memaksanya melakukan pengguguran.

Untuk rekod, Lolly,17, adalah anak hasil perkahwinan pertama Nikita dengan Aizawa Nasseru pada 2006.

Sejak dua tahun lalu, hubungan dua beranak ini sering bermasalah sehingga Nikita nekad membuang Lolly dan enggan ada kaitan dengannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain