suria

Le Sserafim dikritik gagal nyanyi ‘live’ di pentas Coachella, netizen luar negara bandingkan persembahan Dolla lebih baik

Peminat membandingkan antara Le Sserafim (kiri) dan Dolla (kanan).

PERSEMBAHAN kumpulan Le Sserafim mendapat kritikan netizen apabila gagal menyanyi secara langsung dengan baik di pentas Coachella Valley Music and Arts Festival, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Susulan daripada itu, seorang pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai @zhhanji meluahkan rasa kesal apabila melihat persembahan artis Korea itu dan membandingkan kemantapan vokal mereka dengan kumpulan Dolla.

Penampilan Le Sserafim pada minggu pertama Coachella 2024

Persembahan Le Sserafim di pentas Coachella 2024 mendapat perhatian ramai.

Biarpun individu berkenaan tidak mengenali kumpulan penyanyi yang berasal dari Malaysia, namun dia menyifatkan Dolla mempunyai vokal lebih baik berbanding Le Sserafim.

"Kumpulan nugu (yang tidak dikenali) mempunyai vokal yang stabil dan lebih baik daripada Le Sserafim," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Blackpink cipta sejarah, K-Pop wanita pertama buat persembahan di Coachella

ARTIKEL BERKAITAN: "Kau dah international" - Dolla cetus fenomena selepas persembahan 'Show It All', Syasya diserbu peminat di China

Bagaimanapun, penggunaan perkataan nugu (tidak dikenali) itu menerima pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan Dolla sudah semakin dikenali di luar negara termasuk di Brazil, Jerman dan China.

"Nugu? Mereka sudah ada peminat dari Brazil, China dan Jerman.

"Sejak bila Dolla nugu, popular sahaja di Malaysia ni. Jauh sangat beza vokal Dolla dan Le Sserafim," tulis netizen.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila penampilan sulung Le Sserafim di festival muzik Coachella 2024 menerusi lagu 1-800-hot-n-fun mendapat kritikan ramai kerana persembahan kurang memuaskan.

Menjawab kritikan yang dilemparkan, anggota kumpulan Le Sserafim iaitu Sakura memaklumkan mereka sudah melakukan yang terbaik dan tetap berbangga kerana dapat beraksi di pentas besar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain