suria

Pengajar pengsan, juruterbang pelatih lakukan pendaratan kecemasan semasa kelas pertama

Sylvester melakukan pendaratan kecemasan mengikut arahan kakitangan pusat kawalan trafik udara.

SEORANG juruterbang pelatih terpaksa membuat pendaratan kecemasan pada latihan pertamanya selepas pengajarnya tiba-tiba pengsan di dalam kokpit.

Max Sylvester mendarat di Lapangan Terbang Jandakot, Barat Australia selepas melakukan beberapa percubaan di atas landasan.

Semasa kejadian, Sylvester baharu sahaja belajar teknik mengawal pesawat selama sejam.

Selepas menghubungi pusat kawalan trafik udara, Sylvester diajar cara-cara untuk mendarat menggunakan pesawat Cessna oleh kakitangan di pusat kawalan trafik itu selama 62 minit.

Rakaman panggilannya dengan pusat kawalan trafik turut diberikan kepada ABC.

Ketika ditanya sama ada dia tahu mengendalikan pesawat, Sylvester berkata, ‘ini adalah kelas pertama saya’.

Sebaik mendarat, Robert Mollard, pengajar dari sekolah penerbangan Air Australia Antarabangsa dikejarkan ke hospital dan keadaanya dilaporkan stabil. - Metro.co.uk

juruterbang pelatih, Cessna, pengsan

Artikel Lain