suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi perempuan parah digigit anjing peliharaan

Bayi itu masih menerima rawatan di sebuah hospital di Liverpool.

SEORANG bayi perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter selepas cedera parah digigit seekor anjing di bahagian kepala.

Lebih mengejutkan, anjing jenis Staffordshire Bull Terrier itu merupakan haiwan peliharaan keluarga mereka.

Insiden berlaku di sebuah rumah di Mynydd Isa, Flintshire petang Sabtu.

Bayi malang itu diterbangkan ke Alder Hey di Liverpool untuk mendapatkan rawatan.

Datuk mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata:"Bayi itu sedang bermain di bilik belakang rumah sebelum saya terdengar jeritannya.

"Anjing itu kemudiannya menggigit kepalanya."

Namun keadaan kanak-kanak itu dilaporkan semakin stabil. - Metro.co.uk

anjing, gigit, kepala, bayi

Artikel Lain