suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakal pengantin malu tayang cincin gara-gara kulit alami ekzema

Lottie mengalami ekzema sejak dia masih kecil. FOTO: Lottie Rainbow.

GEMBIRA dengan pertunangannya dengan buah hati, Lottie Rainbow bagaimanapun tetap risau.

Ujar wanita itu, dia malu untuk menayang cincin pertunangannya kerana mengalami masalah berkaitan kulit, ekzema.

Dia yang kini berusia 26 tahun mengalami ekzema sejak masih kecil lagi.

"Saya tak ingat sejak bila ada ekzema, sudah lama.

"Ia memberi kesan kepada keyakinan diri sata, menyebabkan saya jadi kanak-kanak yang pemalu," ujarnya.

Kata Lottie, dia kini tidak lagi risau setelah mengamalkan satu krim murah untuk kulitnya.

"Ekzema sukar untuk sembuh tapi dengan krim yang tepat dan perubahan gaya hidup, ia membantu mengurangkan ekzema," katanya lagi. - The Sun.

Artikel Lain