suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja perempuan koma, alami masalah paru-paru selepas hisap vape selama tiga tahun

Nelson koma selepas tiga tahun menghidap vape. Foto: Picture: GoFundMe/Facebook

SEORANG remaja perempuan menderita selepas mengalami kerosakan paru-paru akibat menghisap vape setiap hari dalam temph tiga tahun.

Maddie Nelson,18, mula jatuh sakit awal tahun ini tetapi sejak bulan lalu berdepan dengan masalah sakit belakang dan buah pinggang.

Pelajar universiti di Utah itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas malah rawatan oksigen yang diberikan pasukan medik tidak berjalan lancar.

Adiknya, Andrea berkata 'situasi yang sserius bertukar bencana' dan keputusan imbasan x-ray mendapati kerosakan di bahagian paru-paru.

Keputusan perubatan terpaksa dibuat dan dia kini terpaksa diletakkan dalam keadaan koma.

"Pada 1 Ogos lalu, dia secara rasminya mendapat rawatan dianogsis. Keputusan ujian mendapati dia mengalami 'acute eosinophilic pneumonia'.

"Pihak doktor mengesyaki ia berpunca daripada sumber vape," ujar Andrea. - metro.co.uk

Vape, sakit paru-paru, koma

Artikel Lain