suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara sebungkus coklat, bapa dipenjara kerana didakwa pecahkan telefon bimbit anak perempuan

Telefon bimbit rosak berpunca daripada pergaduhan bapa dan anak. Foto: Rex Features

SEORANG bapa meringkuk dalam penjara selepas memecahkan telefon bimbit anak perempuannya.

Ia berpunca apabila seorang lelaki yang tidak didedahkan namanya berusia 41 tahun didakwa mengasari anak perempuannya gara-gara sebungkus coklat.

Lelaki dari New South Wales, Australia itu memberitahu, dia telah menyoal anaknya berusia 13 tahun mengenai sebungkus coklat.

Namun anaknya itu menafikan makan coklat tersebut.

Bagaimana abang kepada remaja perempuan itu memberitahu bapanya bahawa dia ternampak bungkusan coklat dalam biliknya.

Lelaki itu kemudian menyuruh anak perempuannya itu masuk ke bilik dan mengambil telefon serta serah kepadanya sebagai hukuman.

"Ketika saya masuk ke biliknya, dia melawan dan menolak saya, kami berdua terjatuh."

Kejadian itu menyebabkan gadis tersebut menghubungi ibunya.

"Saya merampas telefon bimbitnya dan bercakap dengan seorang wanita Triple Zero dan dia cakap 'bagi kepada anak awak balik', malah langsung tidak dengar cakap saya."

Lelaki tersebut merupakan seorang duda didakwa dengan tuduhan menyerang dan sengaja ingin rosakkan telefon bimbit.

"Ketika di sel saya menangis kesedihan. Saya tidak menduga berdepan dengan situasi ini."

Insiden itu menyebabkan dia tidak bercakap dengan anaknya selama 4 bulan.

Namun kini dia tidak menyalahkan anaknya dan hanya mahu memberikan pelukan. -mirror.co.uk

marah anak, penjara, telefon bimbit, pecah

Artikel Lain