suria

Tengah malam nampak pergerakan dalam CCTV... Rupanya anak jiran umur 9 tahun lari rumah, tak tahan ayah baran!

Kanak-kanak memerlukan orang dewasa untuk berlindung. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi pengalaman menyentuh hati di sebalik tindakan anaknya yang merenggek mahukan air pada tengah malam.

Menurutnya, rengekan anaknya yang baru berusia tiga tahun pada pukul 2.30 pagi itu mendorongnya untuk melihat telefon pintar seketika.

Pada ketika itulah wanita berkenaan ternampak notifikasi kamera keselamatan memaparkan pergerakan di kawasan anjung (porch) rumahnya.

Anak-anak selalu menjadi mangsa bila ibu bapa bergaduh. -Gambar hiasan AI

Anak-anak selalu menjadi mangsa bila ibu bapa bergaduh. -Gambar hiasan AI

"Mujur anak kejut minta air sirap, terus tertengok telefon dan perasan  ada pergerakan dekat pagar depan.

"Rupanya, anak jiran usia sembilan tahun. Tumpang duduk. Terus aku buka pagar, dia minta tumpang baring," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Laki, bini gaduh di taman tema... Wanita bengang dirinya, suami kena 'tempias' - "Pernah tengok perempuan kena pijak?"

ARTIKEL BERKAITAN: Balik lepak sambung WhatsApp macam orang bercinta! Isteri sarat hamil rasa dipinggirkan, geram sikap suami ‘agungkan’ kawan

Jelasnya, kanak-kanak lelaki itu meminta izin untuk menumpang kerana ibu bapanya sedang bergaduh besar di rumah.

"Ayah dia baran, memang penduduk selorong taman kami dah tahu sikap ayahnya yang suka maki hamun.

"Anak itu pun aku rasa dia tak tahan, tapi nak luah tak pandai," katanya lagi.  

Simpati melihat keadaan kanak-kanak itu, wanita berkenaan membenarkan dia masuk ke dalam rumah untuk berehat dengan lebih selesa.

"Aku suruh dia tidur di bilik anak lelaki yang juga sebaya dengannya. Memandangkan dia ada telefon, aku suruh dia mesej mak dia beritahu dia ada di sini," katanya.

  • Wanita terjumpa anak jiran di pagar rumah selepas terjaga awal pagi.
  • Kanak-kanak itu lari kerana ibu bapanya bergaduh.
  • Dia dibenarkan bermalam selepas memaklumkan ibunya.
  • Rumah wanita itu kemudian jadi tempat selamat buatnya.
  • Tindakan wanita tersebut dipuji ramai netizen.

Sejak kejadian itu, rumah wanita tersebut kini menjadi tempat berlindung buat kanak-kanak berkenaan, termasuklah sepanjang bulan Ramadan lalu.

"Bulan puasa, setiap hari dia berbuka di rumah aku. Balik sekolah pun, dia akan datang rehat dan buat kerja sekolah di ruang tamu.

"Waktu solat, dia pergi ke surau. Dia sangat menghormati orang dan tahu batas. Baik budaknya, cuma kasihan mak ayahnya selalu berkelahi," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang memuji tindakan murni wanita berkenaan dalam memberi pelindungan kepada kanak-kanak terbabit.

"Terima kasih atas keperihatanan. Sebagai individu yang pernah membesar dalam keadaan macam tu, saya cukup memahami situasi anak tu.

"Terima kasih orang baik. Besar makna perbuatan puan pada anak itu," kata warga maya.

Artikel Lain