suria

Tempah Grab, dapat Mercedes! Penumpang ‘siasat’ siapa pemandu, rupanya ada banyak lagi kereta mewah di rumah

Pemandu e-hailing yang tular kerana membawa kereta mewah model Mercedes C200. -Gambar media sosial

SELAIN pengangkutan awam, kebanyakan warga kota juga gemar menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja atau mana-mana destinasi lain..

Walaupun terpaksa mengeluarkan kos yang sedikit tinggi, namun ramai menjadikannya pilihan utama atas faktor keselesaan dan penjimatan masa.

Cuba bayangkan apakah perasaan anda apabila mendapati kenderaan yang ditempah dalam aplikasi e-hailing merupakan kereta berjenama mewah?

Sudah pasti terbit rasa kagum dalam diri, umpama menerima layanan seperti orang kenamaan (VIP).

Lebih menambah rasa kagum apabila melihat pemandu e-hailing berkenaan adalah seorang warga emas.

Demikianlah situasi yang dialami seorang pemuda ketika menempah perkhidmatan e-hailing menerusi syarikat Grab baru-baru ini.

merc 1

Warga emas ini ramah bersembang ketika ditanya pemuda berkenaan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman sosial, lelaki tersebut meluahkan rasa terkejut apabila dijemput oleh sebuah kereta Mercedes model C200 yang dipandu oleh seorang pemandu tua berbangsa Cina.

"Ini betul ke tak betul? Mercedes bawa Grab! Sampai hotel orang pun pening, uncle. You punya kereta cantik," katanya dalam video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Driver Grab tak sia-siakan kepintarannya! Tayang resume dalam kereta, penumpang kagum bukan calang-calang lulusan

ARTIKEL BERKAITAN: Guru naik Grab, pemandunya bukan biasa-biasa! Belum sedia kahwin sebab nak fokus jaga nenek, bertuah bakal isteri

Dia malah sempat berbual bersama pemandu tersebut sepanjang perjalanan ke destinasi dan lebih terkejut apabila mengetahui warga emas berkenaan bukanlah calang-calang orang walaupun memandu e-hailing.

"Audi Q3 ada, BMW 5series pun ada... lagi bawa Grab, uncle!" ujarnya selepas pemandu berkenaan mendedahkan dia turut mempunyai beberapa buah kereta mewah yang lain.

Menurut warga emas tersebut, dia menjadi pemandu e-hailing kerana bosan dan tidak betah berada di rumah tanpa melakukan apa-apa.

Steady uncle! Nampak sangat masa muda dia banyak habiskan dengan bekerja.

NETIZEN

"Duduk rumah susahlah... tidur. Aiyaa tak boleh tahanlah," katanya tanpa mendedahkan pekerjaan sebenar sebelum ini.

Sekadar maklumat tambahan, harga bagi sebuah Mercedes C200 adalah RM292,000 ke atas.

Perkongsian itu meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan sikap rendah diri pemandu warga emas berkenaan.

komen 1

Antara komen netizen yang kagum dengan kerendahan hati pemandu berkenaan.

"True orang kaya flex. Bukan yang acah kaya buat video memanjang.

"Ini betul punya sempoi.

"Steady uncle! Nampak sangat masa muda dia banyak habiskan dengan bekerja.

"Ini Grab premium... pernah juga naik kereta mewah. Seronok bersembang dengan pemandunya yang nampak sopan dan educated," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain