suria

Vanidah Imran belum sedia bertudung, sedang persiap diri bimbang hati bolak-balik

Vanidah tunggu masa sesuai untuk bertudung.

PENAMPILAN pelakon Vanidah Imran yang tampil mengenakan hijab pada malam tayangan perdana filem Imam pada Selasa lalu mencuri perhatian apabila penampilannya itu kelihatan anggun dan sopan.

Vanidah, 49, berkata, dia sememangnya menyimpan hasrat untuk menutup aurat sepenuhnya namun merasakan dia perlu benar-benar mempersiapkan diri agar perubahan itu kekal selamanya.

"Doakan yang baik-baik... Untuk saya berhijrah, saya perlu betul-betul pasti sebelum membuat sebarang keputusan.

Scene 9

Vanidah manis mengenakan hijab dalam filem Imam.

"Saya tahu itu (menutup aurat) satu tuntutan dan wajib tetapi saya tidak mahu nanti kalau sudah bertudung tapi jiwa saya meronta dan masih mahu memakai pakaian ketat. Jadi bagi saya belajar terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

Vanidah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Imam di Istana Budaya yang berlangsung Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Vanidah Imran kembali bergelar isteri, pilih jurutera jadi pasangan hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Vanidah Imran trending di Twitter gara-gara 'Daulat' - “Masyarakat kita dah bersedia tonton filem seperti ini”

Dalam pada itu, Vanidah memberitahu dia juga bimbang hatinya berbolak balik selepas memakai tudung apatah lagi melihat rakan sekeliling yang kembali berubah selepas mengenakan hijab.

Jelas Vanidah, pada tahap ini dia ingin mempelajari apa yang perlu terlebih dahulu sebelum mengenakan hijab sepenuhnya.

Scene 15

Vanidah mahu dekati ilmu agama dahulu.

"Ramai kawan saya yang sudah berhijab pesan kalau sudah tiba masanya nanti, saya akan menutup aurat tanpa berfikir panjang. Bila sudah pakai tudung sudah tidak fikir dan terus lakukan.

"Kalau pakai tapi rasa tak pasti, rasa nak buka itu akan ada. Saya sendiri ada kawan yang sudah 12 tahun memakai tudung tetapi tiba-tiba membukanya, kata dia bukan dirinya.

"Saya takut... sebelum jatuh fitnah, bagi saya buat perlahan-lahan. Buat masa sekarang, saya kuatkan jiwa terlebih dahulu. Saya belajar dulu apa yang tak pasti," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain