Vanidah Imran trending di Twitter gara-gara 'Daulat' - “Masyarakat kita dah bersedia tonton filem seperti ini”

Nama Vanidah Imran menjadi trending gara-gara filem Daulat.

PELAKON Vanidah Imran memberitahu dia tidak menjangkakan filem lakonannya berjudul Daulat akan mendapat sambutan sehingga menyebabkan namanya menjadi trending di laman Twitter.

Menurut Vanidah atau nama sebenarnya Vanidah Imran, 47, dia bersyukur dengan penerimaan penonton memberikan satu ruang yang baharu dalam dunia perfileman Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya belajar silat untuk drama tiga tahun lalu, Vanidah Imran kini wakili Malaysia ke Korea Selatan

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan komen dan maklum balas daripada semua penonton selepas menonton filem tersebut. Sejujurnya, memang tak jangka akan mendapat sambutan sebegini.

Antara komen yang memuji jalan cerita filem tersebut dan lakonan Vanidah sebagai Suri.

"Filem itu mengisahkan dunia politik dan kita selalu rasakan yang penonton belum bersedia menerima filem sebegitu tapi sebaliknya. Generasi sekarang pemikiran mereka lebih terbuka.

"Jadi, bagi saya ia memberi satu ruang baharu dalam dunia perfileman. Masyarakat kita dah bersedia untuk menerima filem seperti ini," kata Vanidah kepada mStar.

Pada Selasa, nama Vanidah Imran menjadi trending nombor satu Malaysia di Twitter selepas menerima banyak pujian mengenai lakonannya menerusi filem arahan Imran Sheikh itu.

Sebenarnya, watak Suri sangat mencabar kerana melibatkan politik. 

VANIDAH IMRAN

PELAKON

Rata-rata netizen memuji jalan cerita filem tersebut dan lakonan mantap Vanidah sebagai Suri.

Dalam pada itu, Vanidah memberitahu watak sebagai ahli politik memberi cabaran kepadanya sehingga memerlukan dirinya banyak melakukan kajian.

"Sebenarnya, watak Suri sangat mencabar sebab sudah tentu ia melibatkan politik. Saya memerlukan lebih 'homework' untuk menjiwai dan menyelami jalan cerita filem Daulat.

Tony dan Vanidah bersama pengarah filem Daulat iaitu Imran Sheikh.

"Memang sangat sukar untuk menghafal sebab kita kena faham ideologi dan dunia politik. Tapi bila kita dah faham keseluruhan, barulah kita boleh buat.

"Untuk menjiwai watak, saya belajar dengan cikgu Fatimah Abu Bakar tapi untuk berkenaan dengan dunia politik, saya banyak belajar dengan pengarah sendiri," ujarnya.

Selain Vanidah, filem tersebut turut dibintangi oleh Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi yang boleh ditonton secara percuma menerusi Iflix.

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain