Abby Abadi berjaya kumpul dana RM10,000 untuk bayar bil hospital warga asing - “Jika tidak baby ini terpaksa diserahkan pada orang lain”

Abby berjaya kumpul RM10,000 untuk diberikan kepada wanita yang baru melahirkan bayinya.

PELAKON Abby Abadi meluahkan rasa syukur berjaya mengumpulkan hampir RM10,000 dalam masa kurang satu jam untuk disumbangkan kepada seorang wanita yang perlu membayar bil hospital selepas melahirkan anak.

Menerusi Instagram, 43, Abby berasa terkejut dan tidak menjangkakan menerima sumbangan sebanyak itu daripada pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Intan Najuwa kutip sumbangan ditegur akan timbulkan masalah - “Saya faham niat baik awak, tapi ini salah jika tiada lesen”

"Sangat gembira dan terharu pagi ini. Berkait dengan sumbangan yang saya umumkan untuk bantu bayarkan bil hospital mak baby di Klang malam tadi. Alhamdulillah, kita berjaya yay!

Abby bersyukur ramai orang sudi menghulurkan bantuan.

"Dalam masa lebih kurang satu jam, dah terkumpul hampir RM10,000. Hebat semua... memang kejutan buat saya juga sebenarnya sebab saya jarang kumpul sumbangan macam ini.

"Bila nak buat apa-apa sebelum ini, saya diam-diam saja layan diri. Serius! Tak terbayang... dalam masa kurang satu jam, terkumpul lebih kurang RM10,000. Gila gempak wei!" katanya.

Sebelum ini, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mengajak pengikut di laman sosialnya untuk turut menghulurkan sumbangan kepada wanita tersebut di Instagram.

Menerusi kapsyen itu, Abby memberitahu wanita tersebut yang dipercayai warga asing terpaksa memberikan bayinya kepada orang lain jika tidak dapat membayar bil hospital pada Rabu.

"Saya cuba juga nak mengajak sahabat-sahabat saya di sini kumpul duit seorang sikit untuk mak baby ini settlekan bil hospital boleh?

"Maknya serba salah nak bagi bayi ini pada orang tapi tiada pilihan sebab tiada duit nak selesaikan bil. Dia terpaksa buat keputusan ini," ujarnya.

Berderu-deru DM masuk minta nombor akaun untuk sama-sama menyumbang pukul 1 hingga 2 pagi tadi.

ABBY ABADI

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama Gerak Khas ini terharu apabila ramai netizen yang meminta nombor akaun bagi membuat sumbangan.

"Berderu-deru DM masuk minta nombor akaun untuk sama-sama menyumbang pukul 1 hingga 2 pagi tadi. Ada yang bagi sampai RM1,000, RM100, RM200, RM300 dan ada pelajar tu dia bagi RM12 comel saja.

"Rasa nak menangis melayan sampai saya tertidur. Nasib boleh copy paste saja nombor akaun saya. Pagi ini bangun, periksa DM ramai lagi yang nak bersama saya untuk bantu.

"Tapi saya rasa cukup setakat apa yang ada tu dulu. Doakan saya lepas ke sana pagi ini bersama suami ya. kul 11 pagi nanti Insya-Allah. Syukur sangat!" ujarnya.

Abby dan suami akan memberi sumbangan itu sendiri kepada wanita tersebut.

Sementara itu, Abby menjelaskan dia mengambil langkah untuk berkongsi semua perkara mengenai sumbangan tersebut kerana bimbang akan menimbulkan fitnah.

"Musim PKP ini memang tiada pilihan selain dari membantu berjemaah. Saya dah pernah buat perkara yang sama beberapa kali sebelum ni. 

"Janji nak bayar semula, hilang terus. Terpaksa telan seorang sebab buat pun seorang masa tu, suami saja tahu. Jadi kali ni, bila melibatkan dana awam, saya kena kongsi semua cerita supaya tidak timbul fitnah ya," katanya.

Abby Abadi, sumbangan

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain