Tindakan Intan Najuwa kutip sumbangan ditegur akan timbulkan masalah - “Saya faham niat baik awak, tapi ini salah jika tiada lesen”

Intan akan terus beri bantuan kepada golongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

PERKONGSIAN pelakon Intan Najuwa mengajak semua orang turut memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan menerusi akaun bank miliknya mengundang kurang senang netizen di laman sosial.

Individu yang menggunakan akaun bernama coach.fitaz mendakwa tindakan Intan melakukan crowdfunding atau pembiayaan melalui orang ramai merupakan satu kesalahan jika aktres itu tidak mempunyai lesen untuk melakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa sahkan putus tunang kerana tiada persefahaman - “Jangan kaitkan dia lagi dengan kontroversi saya”

Menurut individu tersebut, dia memahami niat baik Intan namun pelakon itu boleh sahaja memberi sumbangan melalui tabung bantuan yang sudah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Individu tersebut menegur tindakan Intan di Instagram.

"Saya tak faham kenapa awak perlu buat crowdfunding sedangkan sudah jelas dalam undang-undang bahawa anda dilarang untuk lakukannya kecuali anda mempunyai lesen, itu pun kalau anda ada persatuan kerja amal.

"Saya faham 'niat baik' awak tapi tolong Intan, janganlah timbulkan masalah dan beri sumbangan anda kepada tabung yang disediakan KKM untuk bantuan," katanya.

Intan, 23, bagaimanapun membalas komen tersebut meminta individu tersebut tidak mementingkan diri sendiri dan menganggap apa yang dilakukannya itu bukan kesalahan yang akan menimbulkan masalah.

"Saya harap awak boleh baca semua DM saya dan sanggup tak awak biarkan tengok macam itu saja? Jangan pentingkan diri. Saya tak berasa dengan melakukan perkara ini akan menimbulkan masalah.

Saya akan teruskan untuk hulurkan bantuan untuk sesiapa yang memerlukan. 

INTAN NAJUWA

PELAKON

"Ia bukan hanya 'niat baik', kalau anda sanggup lakukan, tolong lakukannya. Semoga Allah memberkati anda, sentiasa!" ujarnya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Intan dan menyokong usaha murni pelakon yang pernah popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela  tersebut.

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia menyumbangkan sebanyak RM10,000 untuk membantu orang kurang bernasib baik dan tidak akan berhenti menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid turut mengajak orang ramai memberi sumbangan menerusi akaun bank miliknya yang akan dibuka sehingga Rabu.

Intan menyumbangkan sebanyak RM10,000 untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

"Saya akan teruskan untuk hulurkan bantuan untuk sesiapa yang memerlukan. Daripada saya sendiri, saya hanya mampu beri RM10,000 buat masa ini dan yang selebihnya kalau anda semua nak tambah sangat-sangat dialukan.

"Sesiapa yang nak hulurkan sumbangan, boleh transfer kat akaun ini okay. Saya akan buka sampai lusa (Rabu). Let’s do this! Semoga sedikit sebanyak boleh bantu pada yang betul-betul memerlukan.

"Feel free to tag and share with your friends. #spreadlovenothate. Saya tengah periksa DM satu persatu. Slowly okey," kata Intan. 

Intan Najuwa, Sumbangan

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain