Impian Hawa Rizwana mengacara WHI tercapai - “Bermula sebagai intern, sekarang depan kamera pula!”

Hawa ingin kembangkan bakat dalam bidang pengacaraan.

PENGACARA baharu program Wanita Hari Ini (WHI), Hawa Rizwana mengakui teruja apabila diberi kepercayaan mengendalikan program bual bicara popular itu bermula Jumaat lalu.

Menurut Hawa, 25, peluang mengendalikan program itu merupakan salah satu impiannya dalam mengembangkan lagi bakat sebagai pengacara televisyen.

"Sebelum ini saya ditugaskan sebagai penyampai berita dan wartawan di unit berita, apabila ditawarkan menjadi salah seorang pengacara baharu di WHI, semestinya saya tidak akan menolak tawaran ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana tepis gosip cinta dengan 3 artis popular - “Saya nak lelaki matang, penyayang... paling penting kena kenal bapa dulu”

"Sebenarnya WHI ini memang dekat dengan jiwa saya... bermula sebagai pelajar latihan industri yang bekerja di belakang tabir tapi hari ini bertugas di hadapan kamera dalam program sama.

"Perasaan? Sejujurnya teruja... dalam masa sama membuatkan saya lebih bersemangat untuk berikan yang terbaik, secara tak langsung mewakili penonton dalam kalangan wanita muda," katanya kepada mStar.

Hawa masih penyampai berita TV3.

Bermula April ini, Hawa dan salah seorang lagi penyampai berita, Fatin Hamimah dipilih sebagai pengacara baharu bagi program WHI.

Mereka akan bergandingan dengan barisan pengacara lain iaitu Fiza Sabjahan, Rena Kassim, Fahrin Ahmad, Sugeeta dan Uyaina Arshad.

Sementara itu, Hawa berkata dia menerima maklum balas positif penonton selepas bersiaran buat pertama kali pada Jumaat lalu.

Hawa pernah mengikuti latihan industri bersama program Wanita Hari ini, beberapa tahun lalu.

"Sebenarnya dua minggu sebelum bersiaran langsung, saya ada dapatkan bimbingan daripada Fiza Sabjahan, kami praktis bersama menerusi Facetime sebab sekarang tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi tak boleh nak berjumpa.

"Kali pertama bersiaran langsung, perasaan gementar itu tetap ada, lebih-lebih lagi berada di set sebenar dan kita tahu ramai yang menonton televisyen di rumah kerana arahan PKP.

"Alhamdulillah... komen yang diterima semuanya baik-baik sahaja, malah kawan-kawan di Instagram juga banyak memberikan sokongan dan pandangan mengenai pengacaraan saya," ujarnya.

Program Wanita Hari Ini bersiaran setiap hari Isnin hingga Sabtu pukul 12 tengahari di TV3.

Hawa Rizwana, Wanita Hari Ini, TV3

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain