suria

Ingatkan Alif Satar main TikTok, rupa-rupanya guna bahasa isyarat sampaikan mesej - “Semua benda tahu buat, apa yang dia tak tahu?”

Video Alif Satar mengajak semua orang mematuhi PKP menggunakan bahasa isyarat menarik perhatian netizen.

VIDEO penyanyi dan pengacara Alif Satar mengajak semua rakyat Malaysia mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggunakan bahasa isyarat menarik perhatian netizen.

Alif berkata, dia mempelajari penggunaan bahasa isyarat daripada ibu dan bapanya yang pernah berkhidmat sebagai guru pendidikan khas.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar sudah buat wasiat, risau nasib isteri dan anak-anak jika dia mati dulu - “Kita tak tahu berapa lama akan hidup”

"Saya sebenarnya taklah terlalu mahir dalam bahasa isyarat ni, tetapi saya ada asas sebab ibu bapa saya adalah guru pendidikan khas tapi sekarang sudah bersara.

Alif belajar bahasa isyarat sejak berusia empat tahun.

"Ayah saya mengajar Bahasa Melayu, mama mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar masalah pendengaran. Sedikit sebanyak saya belajar daripada mereka.

"Daripada umur empat tahun saya sudah diajar tentang bahasa isyarat ini, adik beradik saya pun tahu," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Pada malam Isnin video yang dimuat naik pelakon Dia Semanis Honey ini mendapat perhatian dan sehingga kini menerima hampir 200,000 tontonan di Instagram.

Idea tersebut tercetus daripada beberapa individu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyampaikan mesej kepada golongan tersebut agar mereka tidak terpinggir.

Daripada umur empat tahun saya sudah diajar tentang bahasa isyarat ini, adik beradik saya pun tahu.

ALIF SATAR

PENYANYI, PENGACARA & PELAKON

"Kementerian kesihatan Malaysia yang cadangkan saya untuk membuat bahasa isyarat supaya rakyat yang mengalami masalah pendengaran ini tak ketinggalan dan tak rasa terpinggir dengan mesej-mesej yang disampaikan oleh KKM," katanya lagi.

Rata-rata netizen berasa kagum dan memuji tindakan yang dibuat oleh Alif.

"Teruskan menginspirasi generasi muda di luar sana!“Best juga belajar bahasa isyarat.“Semua benda tahu buat, apa benda yang Alif tak tahu buat.

"Yang ni power... aku ingat TikTok tadi, salute!" tulis beberapa netizen.

Artikel Lain