Drama Dendam Cinta Arissa 'tergantung' gara-gara tak habis penggambaran - “Datuk dan nenek bergaduh tunggu episod malam tadi”

Drama Dendam Cinta Arissa yang dibintangi oleh Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime.

PENGARAH Shahrulezad Mohameddin memohon maaf terlupa untuk berkongsi info mengenai drama Dendam Cinta Arrisa lakonan Atikah Suhaime dan Hisyam Hamid terpaksa menamatkan siaran pada epsiod ke 20.

Shahrulezad berkata, penggambaran drama yang berbaki 10 episod tidak dapat diselesaikan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrulezad sifatkan golongan yang balik kampung tanpa alasan pentingkan diri dan tak bertanggungjawab!

Menurut Shahrulezad, dia menyedari perkara itu selepas menerima banyak mesej di laman Instagramnya bertanyakan mengenai tayangan drama itu pada malam Isnin.

Shahrulezad berkongsi perkara itu di Instagramnya.

"Saya ingin minta maaf sangat kepada penonton. Saya terlalu leka sampai terlupa nak beritahu bahawa drama Dendam Cinta Arissa masih ada berbaki 10 episod yang tak sempat nak rakam akibat PKP.

"Kami hanya sempat menjalani penggambaran untuk 20 episod sahaja. Kalau ikutkan perancangan saya, memang nak beritahu awal tapi terlepas pandang sehinggalah ada peminat DM di Instagram.

"Sejujurnya, saya berasa serba salah sangat sebab terlupa nak kongsi info itu kepada semua penonton sehinggakan ada terima DM mengatakan datuk dan nenek bergaduh tunggu episod malam tadi," katanya kepada mStar.

Selagi tak berakhir wabak ini, selagi itu kami tidak boleh teruskan.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

Shahrulezad turut memuat naik perkara itu di laman Instagramnya pada Selasa selepas menerima pertanyaan daripada peminat drama tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila drama yang dibintangi Hisyam Hamid, Atikah Suhaime, Aidil Aziz dan ramai lagi tidak ditayangkan pada Isnin seperti yang dijadualkan.

Dalam pada itu, Shahrulezad memberitahu pihaknya akan menyambung semula penggambaran untuk 10 episod tersebut selepas PKP ditamatkan.

"Insya-Allah, kami akan mulakan penggambaran semula untuk 10 episod itu selepas krisis wabak Covid-19 ini selesai. Selagi tak berakhir wabak ini, selagi itu kami tidak boleh teruskan.

Barisan pelakon dan kru produksi drama Dendam Cinta Arissa.

"Kami tak nak ambil risiko memandangkan virus ini bukan sesuatu yang kita boleh nampak. Mohon semua orang bersabar ya. Kalau boleh, memang nak cepat habiskan penggambaran.

"Sebab saya pun kesian melihat keadaan kru yang sememangnya bergantung kepada gaji harian. Bila kerja dah tertangguh ini, sudah tentu mereka tak ada sumber pendapatan," ujarnya.

Drama Dendam Cinta Arissa bersiaran pada pukul 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat menerusi saluran Astro Ria.

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain