suria

Puteri Aishah positif Covid-19 selepas pulang dari Scotland 31 Mac lalu

Puteri Aishah baru pulang dari menjalani penggambaran di Scotland.

SELEPAS pelakon dan pendakwah PU Riz disahkan positif Covid-19, kali ini aktres Puteri Aishah turut dijangkiti virus bahaya itu.

Menurut pengurusnya, Iman Tang, Puteri Aishah menerima panggilan pengesahan daripada pihak hospital pada petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Suhairi ke London atas urusan keluarga - “Doakan saya baik-baik saja”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz positif Covid-19 - “Doakan saya sembuh”

"Assalamualaikum... Puteri Aishah telah diuji positif Covid-19 beberapa jam lalu.

"Dia pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu dan telah menjalani kuarantin sendiri.

Perkongsian pengurus Puteri Aishah di Instagram mengejutkan peminat.

"Sekarang menunggu pihak hospital mengambilnya di rumah. Tolong doakan supaya dia cepat sembuh. Stay strong Puteri," katanya kepada mStar.

Difahamkan Aishah bersama beberapa pelakon lain dan kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu.

Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di foto terakhir yang dimuat naik di Instagram, rata-rata pengikut mendoakan kesihatan pelakon drama Terima Aku Seadanya ini.

Ini termasuklah rakan artis antaranya Lisa Surihani, Sherry Ibrahim dan Adeline Tsen.

Pengarah drama Rahila Ali.

Dalam perkembangan lain, pengarah drama tersebut iaitu Rahila Ali mengesahkan dirinya termasuk pelakon dan kru produksi disahkan positif Covid-19.

Rahila memberitahu, dia berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bersama 18 orang kru termasuk pelakon.

Bagaimanapun, penggambaran terpaksa dihentikan dan mereka pulang ke Malaysia selepas diarahkan berbuat demikian.

Drama berjudul Demi sebanyak 26 episod itu untuk siaran RTM.

Puteri Aishah, Covid-19

Artikel Lain