suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fizi Ali dituduh sengaja buat-buat suara besar untuk nampak 'macho' - “Suara kau macam orang tercekik halkum sendiri”

Fizi Ali jawab dakwaan mengenai suaranya yang dikatakan dibuat-buat ketika bersiaran di radio.

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali menerima komen negatif daripada pendengar yang berasa kurang senang dengan ton suara serta cara penyampaiannya di stesen berkenaan.

Menjawab komen pendengar tersebut, Fizi berkata dia dikurniakan dengan suara besar seperti itu sejak awal remaja dan bukan dibuat-buat seperti didakwa.

Malah, dia turut mempersoalkan niat pendengar berkenaan meninggalkan komen berbentuk hinaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali berat hati tinggalkan isteri dan anak

"Ya, saya memang lepas akil baligh suara terus besar macam ni... bukan dibuat-buat! Tak faham apa maksudnya suara tak padan dengan muka?

"Nak saya kepit ke suara? Hm... salahkah saya ada suara besar macam ni?," katanya.

Fizi menjawab satu komen yang ditinggalkan seorang netizen di Instagram.

Fizi menjawab pertanyaan netizen itu menerusi laman Instagram pada Selasa.

Bersama status tersebut dia turut memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan oleh individu berkenaan.

"Suara kau tertelah halkum ke? Hari Sabtu, Ahad biasa saja suara. Hari Isnin sampai Jumaat suara kau macam orang tercekik halkum sendiri.

"Patutlah Cikpia (Feeya Iskandar) ajuk suara kau besar tertelan halkum, haha... suara tak padan dengan rupa, suara buruk!

Fizi bersama Issey dan Ajak mengendalikan Team Pagi Suria bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

"Buat suara biasa dah la woi! Nak tunjuk macho konon, perempuan semua tak suka!," tulis pendengar tersebut.

Perkongsian Fizi itu menarik perhatian pengikutnya di Instagram dan rata-ratanya meminta suami kepada pelakon Shakilla Khoriri ini mengabaikan komen tersebut.

Malah, rakan penyampai, Feeya berpendapat suara yang dimiliki Fizi itu unik dan menjadi sumber rezeki.

"Dia tak ada suara jantan macam awak, biarlah dia Fizi, yang penting kita cari makan dengan suara ini kan. Be strong brother!," tulis Feeya.

Fizi merupakan penyampai Team Pagi Suria bersama Ajak Shiro dan Issey.

Fizi Ali, Suria FM

Artikel Lain