Fizi Ali berat hati tinggalkan isteri dan anak

Fizi kini berada di Kuantan, Pahang bagi mengikuti siri tahunan Jelajah Suria bersama barisan penyampai Suria.

PENYAMPAI Suria FM iaitu Fizi Ali meluahkan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan isteri, Shakilla Khoriri dan bayi perempuannya yang baru lahir disebabkan kerja.

Fizi, 30, berkata kalau boleh dia mahu setiap masa dapat bersama dengan isteri dan anaknya namun terpaksa berkorban demi kelangsungan hidup.

"Berat rasa hati nak tinggalkan orang yang kita sayang. Kalau boleh tiap-tiap masa nak cium dua orang ni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah, saya dah jadi bapa!” - Fizi Ali dan Shakilla Khoriri dapat anak perempuan


Fizi sedih terpaksa meninggalkan anak dan isteri disebabkan kerja.

"Tapi macam mana pun kita kena berkorban untuk kelangsungan hidup. Kalau fikir kita susah ada lagi yang susah.

"Lagi berminggu-minggu tinggal anak isteri kan. Tak apa tunggu daddy balik ya," tulis Fizi menerusi laman Instagram miliknya.

Pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin ini turut memuat naik foto isteri yang juga pelakon itu serta cahaya mata pertamanya yang diberi nama Ameena Sofia di Instagram.

Fizi dan Shakilla menyambut kelahiran bayi perempuan mereka pada 14 Mac lalu.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya menganggap perkara itu menjadi kebiasaan buat ibu dan bapa yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata.

Fizi kini berada di Kuantan, Pahang bagi memeriahkan siri tahunan Jelajah Suria bersama barisan penyampai Suria seperti Issey, DJ Lin dan ramai lagi.

Fizi dan Shakilla, 30, menyambut kelahiran anak sulung mereka di sebuah pusat perubatan Damansara pada 14 Mac lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 18 Februari tahun lalu. Mereka mengikat tali pertunangan terlebih dahulu pada 16 Julai 2017 selepas empat tahun bercinta.

Fizi Ali, Shakilla Khoriri

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain