Hazama kini bergerak sendiri, rombak semula album ikut muzik semasa - Hiburan | mStar

Hazama kini bergerak sendiri, rombak semula album ikut muzik semasa

Hazama kini bergerak sendiri.

PENYANYI Hazama berkata dia terpaksa merombak semula album baharu berikutan kelewatan melancarkan album berkenaan daripada tarikh yang dijadualkan.

Hazama berkata, rombakan itu dibuat berikutan beberapa lagu yang dianggap tidak menepati peredaran muzik semasa.

"Tahun lalu saya terlalu sibuk dengan lakonan sehinggakan kerjaya muzik saya kurang berjalan lancar.

ARTIKEL BERKITAN: “Tak semua orang suka lihat kebahagiaan... Cukuplah orang tahu saya dah kahwin” - Hazama

"Album yang sepatutnya dikeluarkan tahun lalu terpaksa dirombak balik kerana ada lagu yang sudah siap dua tahun lalu tidak sesuai dengan situasi sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

Hazama rombak album baharu.

Hazama berkata, dia akan berusaha untuk menyiapkan album tersebut pada tahun ini.

"Kalau tidak sudah 80 peratus siap tapi bila kena rimbak balik ambil masa lagi. Kita mahu muzik-muzik terkini.

"Saya juga meminta khidmat beberapa terkenal untuk beberapa lagu," ujarnya.

Sementara itu, Hazama turut memberitahu dia kini bergerak sendiri selepas tidak menyambung kontrak dengan syarikat pengurusan Rocketfuel.

Hazama berkata, langkah itu diambil bagi meluaskan lagi kerjaya seninya dalam pelbagai bidang.

"Tahun ini saya akan bergerak sendiri selepas bersama pengurusan Astro sembilan tahun.

"Saya mahu menjadi contoh kepada penyanyi baharu bahawa sebagai penyanyi kita perlu berani mencuba cabang lain dan tidak hanya menyanyi," ujarnya.

Hazama

Artikel Lain