suria

Idris Khan buat laporan pekerja hotel curi duit, dia pula dipersalahkan

Idris tidak akan mengadu kepada pihak hotel tanpa ada bukti.

PELAKON Idris Khan meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan sebuah hotel penginapan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Menurut Idris, 31, dia ada membuat aduan kepada pihak hotel tersebut mengenai wangnya telah dicuri dipercayai oleh pekerja hotel berkenaan sewaktu kerja pembersihan dilakukan di biliknya.

Namun, Pengurus Besar (GM) hotel itu percaya pekerjanya tiada kaitan dengan kes kecurian namun beranggapan ia mungkin disebabkan kecuaian Idris yang berkemungkinan telah menggunakan wang tersebut.

"Duit saya telah dicuri oleh pekerjanya sewaktu kerja pembersihan bilik dilakukan. Setiap sen yang keluar saya ada simpan rekod.

Idris kesal dengan pihak pengurusan sebuah hotel penginapan di Pulau Perhentian.

"Jadi kebarangkalian saya guna duit tersebut dan lupa tidak wujud. Saya buat aduan pukul 12.45 tengah hari. Staff kata bagi mereka buat siasatan dan petang dia akan hubungi balik.

"Petang, GM mereka hubungi balik dan jawapannya, mungkin saya silap kira atau lupa. Mereka 'percaya' pekerja-pekerja mereka cuba untuk pusingkan isu ini dan salahkan saya," katanya.

Idris yang kini sedang menikmati percutian di pulau tersebut mendedahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama Asalkan Dia Bahagia itu memberitahu dia tidak akan bersuara atau mengadu kepada pihak hotel tanpa ada kepastian.

Idris turut menolak tawaran pihak hotel itu yang ingin memberi penginapan percuma satu malam kepadanya kerana beranggapan perkhidmatan mereka sangat teruk.

"Siapa kenal saya tahu yang saya tak akan mengadu. Saya jenis yang bersabar dan biarkan saja. Jadi apabila saya mengadu percayalah selagi saya tak betul-betul pastikan kesahihannya saya takkan bersuara.

"Kesimpulannya, 'pelanggan bersalah, staff mereka malaikat'. Kemudian GM dia tawarkan saya untuk menetap percuma satu malam.

"Maaf cik GM, bukan saja orang anda kasar dan tidak tahu untuk mengawal situasi tapi keseluruhan makanan anda tidak bagus dan kebersihan anda sangat teruk. Jadi, jauhkan diri dari tempat ini," katanya.

Idris Khan

Artikel Lain