suria

Vida terima bungkusan misteri, rupanya ada jejaka hantar lamaran! - “Ingat benda main-main ke?”

Vida terkejut terima bungkusan lamaran dari individu tidak dikenali.

SELEPAS enam tahun bergelar janda, usahawan sensasi Datuk Seri Vida mendakwa telah dilamar oleh seorang individu misteri yang tidak didedahkan identitinya.

Vida atau Hasmiza Othman, 51, berkata, dia terkejut menerima lamaran tersebut setelah hubungannya dengan pembantu peribadinya iaitu Iqbal sebelum ini tidak kesampaian.

Usahawan itu bagaimanapun menganggap lamaran tersebut sebagai kerja 'gila' selain rasa dipermainkan oleh seseorang yang tidak dikenali.

66365587_367464877146877_2508074875942463774_n

Barang lamaran yang diterima Vida.

"Letak sini, takut saya. Saya dilamar? Dilamar orang yang lamar ke siapa yang lamar? Jangan buat main, terkejut saya. Bab lamar melamar ini sensitif kakak.

"Siapa pula nak melamar saya ini? Jangan buat kerja gila hari Jumaat ini. Ingat benda main-main ke? Siapa punya kerja ini?," katanya.

Vida berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya pada petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida tumpang sakit hati nasib timpa Puteri Sarah, anggap lelaki tak hargai isteri kufur nikmat

ARTIKEL BERKAITAN: Takut mati sebab potong usus, Vida batal niat saat akhir... Pesan rakan founder jangan tipu pengguna

Menerusi perkongsian tersebut dapat dilihat Vida menerima bungkusan berserta kad ucapan yang menyatakan dia dilamar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja apabila usahawan itu dilamar seseorang.

Ada pula mendakwa perkongsian usahawan berkenaan sekadar content semata-mata.

Netizen harap Datuk Vida terima lamaran.

"Beruntung orang itu memiliki Datuk. Harap datuk terima dengan hati yang terbuka. Jangan kecilkan hati insan yang dilamar.

"Untung Datuk ada yang melamar. Harap kali ini menjadi ya Datuk. Kami nak tahu siapa orang itu.

"Siapa yang lamar datuk itu? Jangan tiru konten Zara Zya datuk," antara komen netizen.

Untuk rekod, Vida sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Amin Yasin pada 2000 namun rumah tangga tersebut hanya bertahan selama lapan tahun.

995330

Vida bersama dua orang anaknya.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zecquan.

Bagaimanapun Muhammad Eddie dan Muhammad Edrie meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru pada 2013.

Vida kemudiannya bertemu jodoh dengan Tuan Azid Hamzah pada 2014 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga bulan.

Pada tahun sama, Vida berkahwin pula dengan Fairuz Ahmad Zainuddin namun seperti dua perkahwinan sebelum ini ia turut berakhir dengan penceraian pada 2017.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain