suria

Vida tumpang sakit hati nasib timpa Puteri Sarah, anggap lelaki tak hargai isteri kufur nikmat 

Vida beri sokongan buat Puteri Sarah Liyana.

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana bukan hanya mendapat perhatian ramai, malah rata-rata peminat dan rakan selebriti turut memberi sokongan kepada aktres berkenaan.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida juga antara yang dilihat memberikan sokongan buat Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, kerana mendakwa suami pelakon itu, Syamsul Yusof tidak pandai melihat kecantikan yang ada pada dirinya.

Kata Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, dia berasa sakit hati melihat pelakon Andainya Takdir itu diperlakukan sedemikian dan menganggap Puteri Sarah seorang isteri yang cantik dan sempurna.

"Hello, comel ni wey, comel. Kenal tak ni? Jantan tak kenal 'bare' (barang).

dsv1 - 1

Vida menunjukkan sokongannya terhadap Sarah.

"Lempar sebutir. Saya tu paling sakit hati tau. Jantan tak kenal 'bare'. Kufur nikmat jantan ni," katanya.

Vida berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya pada malam Jumaat.

Menerusi video itu juga, Puteri Sarah dilihat turut bersama dengan Vida sewaktu menonton konsert penyanyi Cakra Khan yang diadakan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut mati sebab potong usus, Vida batal niat saat akhir... Pesan rakan founder jangan tipu pengguna

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Cukup 9 tahun jadi isteri Syamsul" - Puteri Sarah nekad cerai selepas dapat petunjuk, tarikh sebutan sehari sebelum ulang tahun perkahwinan

Bagaimanapun, Puteri Sarah dilihat hanya tertawa melihat reaksi yang diberikan oleh usahawan kosmetik berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menyokong tindakan Vida dan gembira melihat Puteri Sarah sudah kembali tertawa.

"Kali ni aku sokong Datuk. Hahahaha.

dsv2 - 1

Rakan selebriti banyak memberi sokongan buat Sarah.

"Vida buat Sarah tergelak kuat. Gembira dapat melihat Sarah kembali bahagia dengan hidupnya.

"Tengok rezeki Allah bagi dia. Dikelilingi manusia yang supportive. Allah maha adil, diambil satu, diberi 10 tak terkira. Alhamdulillah," tulis netizen.

Untuk rekod, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain