suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah macam penjara! Anak sulung jadi ‘punching bag’, tempat ibu luah amarah lepas bercerai - “Setiap sudut ada jeritan mak”

Remaja cenderung mengalami tekanan emosi disebabkan sikap baran ibu bapa. -Gambar hiasan AI

SETIAP anak membesar dengan harapan untuk merasai kasih sayang, perhatian dan perlindungan daripada kedua-dua ibu bapanya.

Namun bagi remaja lelaki berusia 17 tahun ini, kehidupan sepatutnya dipenuhi kasih sayang dan harapan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia mendakwa dijadikan tempat melepaskan kemarahan ibunya.

Lebih menambah rasa pilu apabila dia mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan dalam pelajaran meskipun bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kira-kira lima bulan lagi.

Aduannya, matlamat memperoleh keputusan cemerlang kini bertukar menjadi perjuangan untuk bertahan hidup di rumah sendiri, yang disifatkan seperti penjara penuh tekanan dan luka emosi.

"Sepatutnya usia 17 tahun sibuk tentang SPM, tapi aku pula fikir macam mana nak bertahan di rumah sendiri. Ayah dah bercerai dengan mak dan dia hilang entah ke mana, nafkah pun tiada," luahnya di Threads.

Trauma akan menyebabkan seseorang masih dibelenggu masa silam. -Gambar hiasan

Trauma akan menyebabkan seseorang masih dibelenggu masa silam. -Gambar hiasan

Dakwa anak sulung ini lagi, sejak penceraian berlaku, ibunya bertukar sikap menjadi seorang yang baran dan sentiasa memarahinya tanpa sebab.

Lebih menambah pilu apabila anak muda ini turut merasakan seolah-olah menjadi punching bag bagi setiap kesalahan yang dilakukan adik-adiknya.

"Mak marah setiap hari, adik buat hal tapi aku yang kena. Adik pecahkan barang pun aku yang kena rotan. Aku dibebel selama dua jam sebab adik ponteng sekolah, aku ni anak ke punching bag?

"Rumah tu ada bumbung, ada dinding tapi bukan rumah... macam penjara, setiap sudut ada jeritan mak," keluhnya menceritakan situasi penuh derita.

  • Remaja 17 tahun dakwa jadi tempat ibu melepaskan kemarahan selepas ibu bapa bercerai.
  • Sukar fokus belajar walaupun bakal menduduki peperiksaan SPM dalam masa lima bulan.
  • Mendakwa sering dipersalahkan atas kesalahan adik-adik dan dimarahi.
  • Menganggap rumah yang didiami seperti penjara kerana dipenuhi jeritan dan tekanan emosi.
  • Hanya mengharapkan kasih sayang ibu bapa, termasuk pelukan daripada ibu dan perhatian daripada bapa.

Malah katanya, keadaan tersebut membuatkan dia sering menangis sendirian pada waktu malam dan terpaksa menahan perasaan sehingga berasa penat untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun terbit keinginan untuk keluar melangkah dari rumah itu, dia mengakui buntu kerana tidak mempunyai wang simpanan mahupun tempat untuk dituju.

Remaja ini menegaskan dia tidak pernah mengharapkan kemewahan, sebaliknya hanya mendambakan sekelumit kasih sayang daripada kedua-dua orang tuanya.

"Saya cuma nak ayah tanya sama ada saya dah makan atau belum dan nak mak peluk saya selepas marah. Itu saja yang saya harapkan," katanya penuh hiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis trauma jadi ‘saksi mata’ kemesraan luar biasa abang dan ibu tiri dalam bilik tidur... Nak bersuara tapi tiada bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu letih mental, emosi hadap sikap anak... Berkurung di bilik tanpa sebab, ponteng tuisyen SPM - "Kita tercongok tunggu dia makan"

Perkongsian tersebut mengundang simpati warga maya yang rata-rata berharap dia terus kuat menghadapi ujian hidup.

Tidak kurang juga ada netizen menyifatkan perubahan sikap si ibu berpunca daripada tekanan hidup melampau selepas ditinggalkan suami.

"Mak awak tu tertekan dan terbeban, sebab itulah dia begitu. Sama macam awak, dia pun tak ada tempat nak meluah.

"Bertahanlah sikit lagi, kau boleh dan lepas SPM nanti boleh terbang jauh tinggalkan mereka tapi jangan abaikan tanggungjawab sebagai anak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain