suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mak genggam syiling RM2.50 dikutip merata-rata” - Gadis puasa sunat ke sekolah, berjimat demi adik bongsu

Kesukaran hidup sering menjadi pembakar semangat untuk seseorang berjaya. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN serba kekurangan sering menjadi cabaran besar buat sesetengah keluarga, namun kesusahan itu juga mampu menjadi pembakar semangat untuk mengubah nasib.

Begitulah kisah yang dikongsikan seorang gadis ketika mengimbau titik terendah yang pernah dilalui dalam hidupnya.

Menurutnya, situasi menyedihkan tersebut berlaku ketika dia sedang sibuk bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

"Bangun pagi tengok adik bongsu menangis, rupanya mak tak bagi dia pergi sekolah sebab tak cukup duit.

Calon STPM perlu bersedia menghadapi peperiksaan bagi membolehkan keputusan cemerlang dicapai. -Gambar hiasan

Calon STPM perlu bersedia menghadapi peperiksaan bagi membolehkan keputusan cemerlang dicapai. -Gambar hiasan 

"Mak tunjuk dalam genggaman tangan hanya ada syiling RM2.50, itupun syiling yang dikutip merata-rata," kongsinya di Thread.

Menurut gadis itu, duit tersebut sebenarnya dikumpulkan ibunya bagi membolehkan dia berbelanja di sekolah memandangkan tarikh peperiksaan STPM semakin hampir.

Namun disebabkan dia berpuasa sunat pada hari kejadian, duit berkenaan diserahkan kepada adiknya sekali gus membolehkan remaja terbabit pergi ke sekolah seperti biasa.

"Kebetulan masa tu saya puasa sunat, jadi duit tu bagi pada adik... memang saya kerap pergi sekolah tak bawa duit," ujarnya mengimbau kesukaran yang dialami semasa berada di Tingkatan Enam Atas.

  • Gadis kongsi titik terendah hidup ketika bakal menduduki peperiksaan STPM.
  • Ibunya hanya mempunyai syiling RM2.50 yang dikutip merata-rata untuk perbelanjaan anak-anak.
  • Kerap ke sekolah tanpa duit belanja, malah menyerahkan wang tersebut kepada adik kerana berpuasa sunat.
  • Terpaksa mengulang kaji dalam gelap selepas bekalan elektrik dipotong dan menduduki STPM dengan pakaian kedut.
  • Berjaya memperoleh keputusan 4.0 dalam STPM dan kini menamatkan pengajian peringkat sarjana.

Lebih menambah rasa pilu apabila gadis berkenaan turut menyatakan dia terpaksa mengulang kaji pelajaran dalam keadaan gelap-gelita pada malam peperiksaan STPM.

Malah baju sekolah ketika menduduki peperiksaan penting itu juga berada dalam keadaan renyuk dan berkedut kerana tidak dapat diseterika disebabkan bekalan elektrik dipotong.

"Malam bermulanya peperiksaan STPM tu bekalan elektrik kena potong, seminggu belajar dalam gelap. Masuk dewan peperiksaan pun dengan pakaian renyuk," imbaunya lagi.

Meskipun berhadapan dengan kesukaran dan kesusahan ketika itu, namun gadis ini menzahirkan rasa syukur kerana situasi tersebut menjadi pembakar semangat untuk dia berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari SBP hingga sambung belajar ‘oversea’, ada je benda nak perlekeh... Wanita sedih pencapaian tak pernah dibangga mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Adik raih keputusan cemerlang SPM, STPM... Kakak jadi saksi satu persatu doa ibu jadi kenyataan

Jelasnya, berkat usaha dan ketabahan hidup, dia akhirnya berjaya memperoleh keputusan cemerlang 4.0 dalam STPM.

Bukan itu sahaja, dia kini telah menamatkan pengajian peringkat sarjana.

"Alhamdulillah selepas hujan ada pelangi. STPM masa itu dapat 4.0 dan sekarang baru habis pengajian sarjana pertama," katanya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen dengan kebanyakannya menjadikan kisah yang dikongsikan itu sebagai inspirasi bahawa kejayaan tetap boleh dicapai meskipun berdepan kesukaran hidup dan kekangan kewangan.

"Suka cerita macam ni, rasa bersyukur dan gembira ada orang lain berjaya mengatasi kesusahan hidupnya.

"Tahniah untuk kamu dapat bahagiakan mak ayah," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain