suria

Wanita ‘ajar’ BF miskin lepas dijerkah di kedai makan, poket kosong tapi biadab - “Muka pun tak la handsome mana!”

Sesetengah pasangan bercinta bergilir-gilir bayar makan setiap kali keluar bersama. -Gambar hiasan

DRAMA seorang lelaki meninggikan suara kepada teman wanitanya ketika berada di sebuah kedai makanan menarik perhatian ramai.

Menurut perkongsian seorang saksi kejadian, pada mulanya pasangan itu dilihat makan dengan tenang namun riak wajah mereka mula berubah seperti sedang bertengkar.

Dakwa individu berkenaan dalam perkongsian di Threads, keadaan menjadi kecoh apabila si lelaki memarahi pasangannya hanya kerana isu bayaran makanan.

Tidak semua wanita mengharapkan pasangan membayar makanan mereka setiap kali keluar bersama. -Gambar hiasan AI

"Takkan la awak tak boleh tolong bayar makanan saya? Jenis tak boleh buat bini la awak ni. Tak sanggup susah senang sama-sama," pekik si lelaki seperti yang diceritakan pengadu.

Cerita individu itu lagi, babak seterusnya lebih menarik apabila si wanita yang dimarahi itu bingkas bangun menuju ke kaunter bayaran.

"Jadi yang perempuan tu pun bangun, pergi bayar. Masa perempuan tu nak keluar dia cakap dekat pekerja kedai... apa yang dia makan, suruh dia bayar sendiri.

"Terus perempuan tu blah. Rupanya yang perempuan tu bayar dia punya makanan je. Bahagian lelaki tu dia tak bayarkan," katanya terus mengimbas apa yang terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan tak sedap... Pelanggan sound ‘owner’ kedai, kutuk dalam Google reviu! Puas berjaya dapat ‘refund’

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang baiki telefon mengaku layan ‘video 3gp’ pelanggan, siap tersengih-sengih waktu pemilik datang kedai

Jelas individu itu lagi, si teman lelaki itu kelihatan terkial-kial mencari jalan untuk menyelesaikan bil. 

Difahamkan, lelaki itu beberapa kali cuba menghubungi rakannya untuk datang membantu.

Situasi tersebut mengundang perhatian ramai, sebelum seorang pakcik akhirnya tampil membantu membayar harga makanan lelaki itu.

  • Pasangan bercinta jadi tumpuan di kedai apabila lelaki marah teman wanita sebab enggan bayar makanan.
  • Si gadis hanya bayar makanannya sendiri sebelum tinggalkan lelaki itu.
  • Lelaki terkial-kial cari duit hingga cuba hubungi rakan.
  • Seorang pakcik akhirnya bantu bayar selepas bos kedai beri teguran.
  • Saksi sokong tindakan wanita dan anggap lelaki itu tak bertanggungjawab.

"Satu kedai (pelanggan) dah tersengih-sengih. Akhirnya ada la seorang pakcik tolong bayarkan. Bos kedai pun tegur.

"Setiap kali kau datang mesti ada perempuan tolong bayarkan makanan kau. Tak malu ke? Kalau tak ada kerja, boleh bekerja dekat sini," ceritanya lagi.

Gara-gara malu selepas ditegur, lelaki itu kemudiannya terus beredar dari premis berkenaan.

Dalam pada itu, saksi yang berkongsi cerita berkenaan meluahkan sokongan kepada si gadis kerana tegas dengan pendirian.

Kedai makan biasanya menjadi 'port' untuk pasangan bercinta datang makan bersama. -Gambar hiasan

"Kepada wanita tu, kalau terbaca tulisan saya... ketahuilah, saya sokong awak. Lelaki macam tu tak sesuai dibuat suami.

"Sudah la papa kedana, tengah-tengah kedai makan meninggikan suara dengan perempuan. Muka pun tak la handsome mana.

"Saya sokong awak dik. Betul dah tindakan bayar yang awak makan je. Saya harap semua perempuan cerdik macam ni. Nak tolong bayar, kahwin dulu," katanya lagi.

Artikel Lain