suria

Tukang baiki telefon mengaku layan ‘video 3gp’ pelanggan, siap tersengih-sengih waktu pemilik datang kedai

Perkhidmatan baik pulih merangkumi pelbagai masalah seperti skrin retak, bateri rosak, masalah perisian, dan lain-lain. -Gambar hiasan

TANGKAP layar komen seorang juruteknik telefon yang tular di media sosial sejak Selasa, mengundang kebimbangan masyarakat.

Berdasarkan perkongsian, individu terbabit secara terang-terangan membuka pekungnya sebagai seorang juruteknik yang diamanahkan membaiki telefon pelanggan.

Menurutnya, dia berpeluang menonton rakaman video intim pemilik telefon yang perantinya dihantar untuk dibaiki.

Perkhidmatan membaiki telefon bimbit dan laptop sangat diperlukan pada masa ini. -Gambar hiasan

Perkhidmatan membaiki telefon bimbit dan laptop sangat diperlukan pada masa ini. -Gambar hiasan

"Sisi gelap si repair phone... kadang-kadang dapat layan klip 3gp (video intim) pemilik telefon gara-gara abang rakam, abang janji abang delete.

"Tersengih-sengih tengok pemilik (telefon) masa dia pick-up telefon," tulis juruteknik itu di ruangan komen satu hantaran tular di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu dengan famili mentua, aib keluarga tersebar selepas buat aduan di pejabat agama... Rupanya staf ‘kepochi’ bocor rahsia!

ARTIKEL BERKAITAN: Serah RM50,000 atau foto aib sampai ke tangan keluarga... Wanita jadi tak keruan, bekas kekasih ugut bagi tempoh seminggu!

Pengakuannya itu mencetuskan perbincangan hangat dengan rata-rata netizen menasihati orang ramai supaya memadam kandungan sensitif daripada peranti.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan sikap amanah dan menjaga privasi pelanggan yang menjadi tanggungjawab juruteknik telefon seperti pengguna media sosial ini.

  • Tular pengakuan juruteknik telefon tonton video lucah pelanggan.
  • Video dipercayai dirakam pemilik sendiri dan tidak dipadam.
  • Netizen nasihat padam kandungan sensitif sebelum hantar baiki.
  • Isu amanah juruteknik jadi perdebatan hangat.
  • Ramai kongsi tip lindungi data peribadi daripada disalah guna.

"Takutnya dengan manusia yang tidak amanah... aib orang lain kamu tengok macam tu je. 

"Malas nak tunjuk siapa yang tulis, dekat Facebook ada komen tu," ujarnya.

Di ruangan komen, ramai yang berkongsi tip dan cara untuk mengelakkan data peribadi mahupun gambar dan video sensitif tidak disalah guna oleh pihak ketiga.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

"Pernah kerja kedai telefon dan laptop, memang itu realitinya.

"Aku letak password apps kat semua media sosial, siap boleh tangkap lagi gambar siapa yang cuba buka... pernah hantar telefon untuk baiki, memang nampak muka dia cuba buka TikTok aku.

"Teringat dulu bagi laptop kat kawan minta tolong repair. Years later ada kawan lain boleh describe rambut saya, baju tidur dengan tepat. Rupanya dia pun join kawan yang repair laptop tu tengok gambar-gambar dalam laptop saya, dahlah ada gambar girls lain yang tak tutup aurat. Tak amanah!

"Tak amanah orang yang baiki ni, walaupun salah, tapi tu kan hak pemilik dan aib dia," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain