suria

Penunggang tak reti sabar, penting diri! Pemandu bagi ‘signal’ tukar lorong tetap kena hon - “Mat motor nak apa sebenarnya?”

Sikap degil pengguna jalan raya boleh menjadi punca kemalangan. -Gambar hiasan

PENGGUNA jalan raya sepatutnya bertolak ansur antara satu sama lain demi perjalanan yang lancar dan selamat.

Namun sejak kebelakangan ini, kita sering melihat pertengkaran antara pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Menerusi Thread, seorang wanita turut berkongsi pandangannya mengenai sikap segelintir penunggang motosikal di Malaysia.

Pictureof a motorbike crashing into a car. Story on people whose car kena langgar by motor with no insurance. (MAC 15 2024) — ART CHEN/The Star

Setiap pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa. -Gambar hiasan

Dakwa wanita itu, dia hairan dengan penunggang motosikal yang mementingkan diri sendiri dan langsung tidak boleh bersabar.

"Penunggang motosikal atas jalan dekat Malaysia ni nak apa ya sebenarnya? Ini adalah soalan yang jujur.

"Kalau kereta tak bagi signal, anda marah. Apabila bagi signal, tak nak bagi laluan.

  • Wanita dakwa ramai penunggang motosikal tidak boleh bertolak ansur.
  • Ramai pemandu pernah kena hon dengan penunggang motosikal.
  • Wanita itu juga pernah berada dalam situasi sama sehingga berlaku kemalangan.
  • Dia tidak kisah dan sanggup pergi ke balai polis.
  • Penunggang motosikal tampil pertahankan diri di ruangan komen.

"Kita bagi signal dalam jarak 500 meter tapi kena hon macam nak terlanggar. Sepatutnya apabila kereta bagi signal, tekanlah brek, bukan picit hon," tulisnya.

Menurut wanita itu, dia biasanya tidak memberi muka kepada penunggang motosikal yang bersikap samseng di atas jalan raya.

Malah katanya, dia sendiri pernah berdepan situasi itu sehingga berlakunya kemalangan dengan penunggang motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz hairan geng mat motor iring jenazah warga emas, persoalan terjawab lepas dekati anak arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Rider termenung jauh... Pasrah jual motor ‘Ysuku’ baru dibeli demi tampung kos rawatan ibu, fikir cari kerja lain

"Benda ni tak berlaku sangat dekat aku pun, kebanyakannya aku perhatikan atas jalan. Pemandu belum orang tukar lane, baru bagi signal tapi penunggang dah hon dari jauh.

"Biasanya kalau jadi dekat aku, aku 'persetankan' je hon tu. Pandai-pandailah kau perlahankan motorsikal kalau kau sayang nyawa sendiri. 

"Sebab kalau berlanggar, sendiri mahu ingatlah. Setakat ini aku buat macam tu baru sekali je la berlanggar. Terus cerita balai je. Malas aku," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa individu turut bersetuju dengan wanita itu kerana pernah berada dalam situasi sama.

Picture of a motorbike crashing into a car. Story on people whose car kena langgar by motor with no insurance-KAMARUL ARIFFIN/TheStar

Penunggang motosikal lebih berisiko untuk mengalami kecederaan berbanding pemandu kereta. -Gambar hiasan

Namun, ramai juga yang tidak setuju dan menganggap wanita itu sengaja mahu menimbulkan kemarahan penunggang motosikal.

"Pernah kena dengan rider. Saya dah bagi signal, saya tengok dia jauh lagi. Tapi apabila saya masuk, dia tekan minyak, terus berlanggar.

"Cuba awak naik motosikal. Kereta dan motosikal brek tak sama. Kalau motosikal tiba-tiba brek, membuang (penunggang tercampak) tau. Goyang sikit jatuh.

"Saya ni antara hidup dan mati naik motosikal tiap hari. Banyak pemandu kereta yang lalai main fon, keluar dari lane mengejut atau bawa laju tak bertempat," tulis netizen lagi.

Artikel Lain