suria

“Macam nak runtuh dunia saya” - Jangan biar merata-rata, doktor kongsi risiko jika anak tertelan ‘hand sanitizer’... Boleh koma!

Hand sanitizer boleh mendatangkan risiko terhadap kanak-kanak jika tertelan. -Gambar hiasan AI

SEORANG kanak-kanak dilaporkan tertelan hand sanitizer yang memaksa ibu bapanya segera mendapatkan bantuan perubatan. 

Menurut pegawai perubatan pediatrik, Dr. Redza Zainol, kejadian berlaku apabila kanak-kanak itu datang sambil membawa botol hand sanitizer yang telah kosong. 

Katanya, ibu kanak-kanak berkenaan memaklumkan botol tersebut sepatutnya mengandungi kira-kira 30 mililiter cecair.

“Macam nak runtuh dunia saya bila bau hand sanitizer tu sangat kuat datang dari mulut dan baju dia,” kongsi Dr. Redza.

Ibu bapa dinasihatkan meletakkanhand sanitizer di tempat yang sukar dicapai kanak-kanak. -Gambar hiasanIbu bapa dinasihatkan meletakkan  hand sanitizer di tempat yang sukar dicapai kanak-kanak. -Gambar hiasan

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), dari 2011 hingga 2014, sebanyak 63,000 kes kanak-kanak bawah lima tahun terdedah kepada hand sanitizer secara berlebihan.

Jelas Dr. Redza daripada jumlah itu 97 peratus kes tersebut melibatkan ia ditelan melalui mulut.

"Yang lagi bahaya, warna cecair hand sanitizer ada yang tidak berwarna macam air masak. Diletak pula dalam bekas cantik. Anak ingatkan boleh minum.

"Menurut Pusat Racun Negara, jika jumlah hand sanitizer yang ditelan ialah sedikit, tak ada kesan serius pada anak," katanya. 

Namun, katanya jika jumlah yang ditelan banyak, kanak-kanak boleh mengalami Alcohol Intoxication dengan gejala seperti:

- Kurang gula dalam darah

- Muntah dan sakit perut

- Muka menjadi merah

- Degupan jantung perlahan

- Koma

- Sawan

"Hand sanitizer biasanya mengandungi 60 hingga 75 peratus alkohol.

"Rasa panas dan terbakar pada mulut biasanya menyebabkan kanak-kanak muntah atau meludah cecair tersebut, menjadikan kejadian minum sepenuhnya jarang berlaku," katanya.

Bagi ibu bapa, beliau menasihati jika anak masih sedar selepas tertelan, boleh berikan air manis untuk mengelakkan gejala kurang gula dalam darah sementara dalam perjalanan ke hospital.

"Hand sanitizer memang wajib ada, tapi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah meletakkannya di tempat tinggi dan selamat daripada capaian kanak-kanak," tambahnya.

Artikel Lain