PENINGKATAN paras kolesterol mungkin berlaku selepas kita makan banyak daging korban sempena sambutan Aidiladha.Ahli pemakanan di Hospital Siloam, Indonesia, Olivia Gresya berkata daging korban mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. "Kombinasi lemak tepu dan kolesterol tinggi boleh memburukkan profil lipid (ujian darah yang mengukur tahap pelbagai jenis lemak dalam darah)."Ini terutamanya bagi individu yang mempunyai sejarah hiperlipidemia (paras lemak dalam darah terlalu tinggi) atau sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung, lebih-lebih lagi jika diambil dalam kuantiti yang banyak,” kata Olivia.Daging lembu yang dikorbankan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. -Gambar hiasanBerikut merupakan makanan yang tinggi kolesterol dan perlu dielakkan:1. Lemak haiwan2. Telur burung puyuh3. Organ dalaman 3. Kulit ayam5. Ketam6. Udang kara7. Sotong8. Udang9. Kuning telur10. Santan11. Mentega12. Aneka kuih13. Ais krimSebaliknya, orang ramai disaran agar memperbanyakkan pengambilan makanan rendah kolesterol seperti:1. Oat atau gandum2. Daging ayam tanpa kulit3. Putih telur4. Tempe5. Tofu6. Kekacang7. Pelbagai jenis sayur8. Aneka buah kecuali durian