suria

Dalam banyak-banyak petua kupas telur rebus, ini paling juara! Tauke laksa ajar tak perlu guna ais

Telur direbus enak dimakan bersama hidangan seperti laksa dan mi kari.

TELUR rebus merupakan antara komponen paling penting dalam hidangan seperti nasi lemak dan laksa.

Namun ramai yang tidak suka untuk mengupas telur rebus memandangkan prosesnya yang renyah.

Jika tak kena gaya, telur rebus yang dikupas juga akan hancur dan kelihatan buruk untuk dihidangkan.

Di aplikasi TikTok, seorang tauke laksa berkongsi tip mudah untuk mengupas telur rebus.

Menurut pemilik akaun Laksa Ketagih Melaka, teknik berkenaan sangat mudah dan memang berkesan untuk memastikan telur rebus dikupas cantik.

NASI LEMAK KUKUS SEKSYEN 16, in front of Restoren Yuen Heong at Jalan Niaga 16/3A Shah Alam.

Nasi lemak bagai tak lengkap tanpa kehadiran telur rebus. -Gambar hiasan

"Buat cara ini, senang, memang cantik. So far inilah tip paling okey dan berjaya.

"Yang lain semua tak berjaya. Orang cakap lepas dah rebus letak ais, sejukkan, letak air la, semua tak menjadi.

"Ini so far tak kira telur lama atau telur baru, tapi guna cara ni okey, Alhamdulillah," tulisnya.

Cara-cara

1. Basuh telur sehingga bersih.

2. Masukkan telur ke dalam periuk.

3. Letak air sehingga telur tenggelam.

4. Letak sekeping asam keping.

5. Buka api besar (dapur gas).

6. Taburkan garam.

7. Apabila ia mula mendidih, baru perlahankan api.

8. Apabila telur agak masak, padam api. Biarkan seketika telur dalam 15 minit.

9. Toskan telur dan biar ia sejuk dalam suhu bilik sahaja.

10. Selepas itu barulah telur boleh dikupas dengan mudah.

Artikel Lain