suria

Cuaca panas sampai susah nak tidur malam... Sebenarnya ada satu tip penyejuk paling ‘basic’ tapi ramai lupa nak buat

Penggunaan pendingin hawa dapat membantu untuk menyejukkan bahang dalam rumah. -Gambar hiasan

SUHU pada waktu malam yang biasanya lebih sejuk kini terasa membahang, menyebabkan ramai sukar untuk tidur lena.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pendingin hawa atau aircond, malam yang panas terasa amat menyeksakan.

Oleh itu, pelbagai cara alternatif mula dikongsi di media sosial untuk membantu orang ramai menyejukkan suhu dalam rumah mereka.

Ada yang menyarankan untuk meletakkan besen berisi air di ruang tamu dan bilik tidur.

Malah, ada juga yang memberi cadangan untuk menyejukkan rumah dengan pokok-pokok hijau.

Namun sebenarnya ada satu tip yang mudah namun tidak disedari ramai.

Sejukkan badan sendiri

Apabila cuaca terlalu panas dan ruang dalam rumah tidak membantu menyejukkan badan, salah satu langkah terbaik adalah menyejukkan diri sendiri terlebih dahulu.

Tubuh manusia sebenarnya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan suhu, asalkan kita tahu caranya.

Mandi boleh membantu anda menyejukkan badan sebelum tidur. -Gambar hiasan

Pendekatan ini bukan sahaja praktikal, malah menjimatkan tenaga dan kos.

Antara cara mudah adalah dengan memakai pakaian yang longgar dan diperbuat daripada fabrik ringan seperti kapas atau linen.

Selain itu elakkan juga pakaian tebal yang boleh memerangkap haba. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 5 punca rumah tetap rasa bahang walau ada kipas dan aircond

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah terasa bahang melampau? Ikuti 7 cara buatkan kediaman anda lebih sejuk daripada biasa

Anda juga boleh menggunakan tuala basah dan letakkannya di kawasan tertentu seperti leher, dahi atau pergelangan tangan untuk memberi kesan sejuk segera.

Selain itu, mandi air sejuk pada waktu malam juga sangat membantu menurunkan suhu badan sebelum tidur. 

Jika tidak sempat mandi, membasuh muka, kaki dan tangan pun sudah cukup memberi kelegaan. 

Paling penting, minum air kosong secukupnya sepanjang hari bagi mengekalkan hidrasi dan membantu badan menyejukkan diri secara semula jadi.

Pendek kata, walaupun bilik terasa panas dan tidak selesa, kita masih boleh mengurangkan rasa bahang dengan memberi fokus pada tubuh sendiri.

Kadangkala, menyejukkan badan lebih mudah dan berkesan berbanding cuba menyejukkan keseluruhan ruang rumah.

Artikel Lain