suria

Lepas buat ‘content’ kentut, TikToker nak jumpa Panglima TLDM... Katanya tiada niat hina aset tentera

Tindakan Eyda dikecam ramai kerana mempersenda aset TLDM.

GURAUAN membawa padah.

Tindakan seorang TikToker menghina aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu akhirnya memakan diri apabila teruk menerima kecaman ramai.

Enggan menegakkan benang yang basah, TikToker dikenali sebagai Zuraida Nasir itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.

Tangkap layar permohonan maaf dibuat oleh Eyda.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada pihak TLDM mengenai konten yang tidak disengajakan dan tiada niat sekali pun untuk merendahkan kekuatan aset TLDM.

“Saya memohon maaf sangat-sangat sempena Syawal masih menjelang ini,” katanya.

Terdahulu Zuraida atau Eyda mengundang kemarahan ramai apabila dia menghasilkan video lakonan aksi kentut di atas Kapal Diraja (KD) Selangor ketika sambutan ulang tahun TLDM yang ke-89 di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu pada 30 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terjunan mantap! Sanggup gadai nyawa selamatkan anak anjing lemas, tindakan pantas anggota TLDM raih pujian netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat degil tak mahu jadi askar, 5 tahun bapa ‘pulau’ anak sendiri... Mujur dapat restu ibu, lelaki ini akhirnya jadi jurutera kimia

Walaupun sekadar lakonan ia dilihat seolah-olah menjatuhkan maruah TLDM.

Selain itu Eyda yang sudah pun pulang ke Semenanjung turut menyatakan hasrat bertemu Panglima TLDM, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob bagi membuat permohonan maaf.

“Konten di TikTok saya sudah ditutup dan sebarang penyiaran di mana-mana media sosial yang dipost semula oleh orang atau page lain adalah bukan di bawah kawalan dan tanggungjawab saya.

Antara content creator tak ada ilmu... kapal TLDM semua ada tauliah dan aset negara.

JAZLI HASSAN

“Saya berharap agar konten tersebut turut dipadam agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan perdebatan lagi di masa hadapan,” katanya lagi.

Walaupun video berkenaan sudah ditarik semula oleh tuan badan dengan memadamnya, kandungan (content) tersebut dimuat naik semula oleh beberapa akaun di plaform media sosial lain.

Tangkap layar komen Jazli Hassan terhadap video tular.

Malah, seorang pelayar di Facebook Jazli Hassan turut mengutarakan pendapatnya yang tidak bersetuju dengan tindakan Eyda tersebut.

"Antara content creator tak ada ilmu. Kapal TLDM semua ada tauliah dan aset negara. Kentut dekat mikrofon (pembesar suara) bukan sesuatu content cerdik.

"Ini penghinaan. Mikrofon tu digunakan laungan azan dan sesuatu yang penting. Harap diberikan hukuman yang keras dan setimpal. Sampah punya content," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain