suria

Terjunan mantap! Sanggup gadai nyawa selamatkan anak anjing lemas, tindakan pantas anggota TLDM raih pujian netizen

Aksi dua anggota TLDM menyelamatkan seekor anak anjing daripada lemas meraih pujian netizen.

BUKAN sahaja komited berkhidmat demi mempertahankan tanah air, anggota tentera juga sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan haiwan.

Video tular memaparkan sekumpulan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyelamatkan seekor anak anjing meraih perhatian ramai.

"Anggota TLDM sanggup terjun laut demi menyelamatkan seekor anak anjing jatuh laut," tulis pemilik akaun TikTok Khaixzaa.

tldm2

Tindakan pantas anggota TLDM berjaya menyelamatkan haiwan berkenaan.

Dalam video tersebut, seekor anak anjing dilihat berenang terkapai-kapai kerana gagal naik ke kawasan darat.

Seorang anggota tentera yang diperhatikan sekumpulan rakan setugas, bertindak terjun ke laut dan berenang ke arah haiwan berkenaan.

Ketika dia cuba menghampiri haiwan itu, seorang lagi tentera turut terjun untuk membantunya.

Berbakti kepada semua makhluk, terbaik TLDM.

NETIZEN

Tentera itu turut memegang pelampung keselamatan sebelum rakan-rakannya menjatuhkan baldi yang diikat dengan tali.

Video memaparkan kejayaan dua anggota pasukan keselamatan itu membawa anjing tersebut ke tempat lebih selamat, meraih 1.3 juta tontonan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecekapan dua anggota itu yang tidak berlengah untuk menyelamatkan haiwan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat degil tak mahu jadi askar, 5 tahun bapa ‘pulau’ anak sendiri... Mujur dapat restu ibu, lelaki ini akhirnya jadi jurutera kimia

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi tentera lebur, pemuda teruskan hidup jadi rider bertangan palsu... terkesan kenangkan insiden anak pelanggan lari masuk rumah di siang hari

"Terbaik, terima kasih, tak terbalas budi baik, semoga Allah permudahkan urusan kamu semua, Amin.

"Tentera punya terjunan, fuh kemas habis.

"Semoga anggota-anggota TLDM kita sentiasa selamat di mana saja berada.

"Berbakti kepada semua makhluk, terbaik TLDM," tulis beberapa netizen.

tldm3

Sebahagian komen netizen di TikTok.

Selain kagum dengan sikap mulia dua anggota itu, netizen turut meluahkan rasa terhibur apabila mereka dilihat seolah-olah sedang berlumba renang dengan anjing berkenaan.

"Nak gelak ada, nak sedih pun ada. Tapi aku lebih kepada gelak sebab tengok gelagat anjing tu.

"Geram je tengok anjing renang sana-sini. Dah macam main kejar-kejar pula.

"Yang kedua tu, siap lawan renang lagi," tulis beberapa pelayar TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain