HUBUNGAN rapat di tempat kerja tidak semestinya berkekalan apabila ada individu yang sanggup berubah sikap semata-mata tidak senang melihat rakan sendiri menerima lebih perhatian, pujian mahupun kejayaan.Demikian luahan seorang individu yang mendakwa sangat kecewa apabila rakan sekerja yang disangka ikhlas berkawan rupa-rupanya menyimpan rasa iri hati terhadapnya. Menerusi satu hantaran di media sosial, dia mendakwa mereka pada mulanya tersangat rapat sehingga dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap keikhlasan rakan sekerjanya itu."Betul orang cakap kawan kerja adalah kawan sahaja. Nampak dia baik, suka bercakap dan bercerita. Sampai pasal famili pun dia cerita. Pergi lunch, lepak kafe lepas balik kerja dan solat bersama.Berhati-hati dalam memilih kawan supaya tidak berdepan masalah kemudian hari. -Gambar hiasan AI"Hujung minggu main badminton sama-sama lagi. Tapi apabila kau lebih daripada dia, dia tak suka. Baik macam mana pun dia sakit hati. Buat cerita di belakang dan mengharapkan kau jatuh."Niat kau cuma nak baik dan berkawan dengan semua orang, ternyata kau silap. Jangan percaya dekat orang walau dia pernah cerita fasal famili dia yang membuatkan kau rasa dia baik," luahnya.Menurut individu ini lagi, dia mengambil masa agak lama sebelum menyedari perubahan sikap rakannya itu, namun beberapa situasi akhirnya berjaya membuka matanya yang selama ini terleka.ARTIKEL BERKAITAN: "Semoga bisnes hang tak berjaya" - Adik 'semak' ada kakak busuk hati, dengki bapa mentua bagi tanahARTIKEL BERKAITAN: Staf cemerlang kerap mimpi aneh rupanya disihir 'officemate'! Tak suka tengok orang lain menonjol, disenangi ramai"Rupanya dia jenis rapat dengan orang sebab ada kepentingan, boleh bawa dia berjalan dan melepak. Apabila dengan kau, dia rasa dia ada kawan dan tak bosan."Dia tetap tak suka kau lebih daripada dia. Setiap hari aku salahkan diri kenapa percayakan orang dan cepat kesiankan orang. Hakikatnya orang tu mengharapkan kau jatuh."Macam mana saya tahu? Setiap kali bos puji atau kawan lain belanja kau makan... masa tu dia tiba-tiba moody dan menjauh. Lama-lama baru saya faham," ujarnya.Pekerja kecewa dikhianati rakan sekerja yang disangka ikhlas.Hubungan rapat didakwa berubah selepas dia dipuji majikan.Dia mendakwa rakannya mula menjauh kerana iri hati.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Ramai mengakui pernah berdepan pengalaman sama.Ringkasan ini dijana AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju bahawa hubungan di tempat kerja wajar mempunyai batasan."Apabila kau lebih daripada dia, kau akan nampak apa yang berlaku. Memang betul rambut sama hitam tapi hati lain-lain."Hubungan baik sekadar di tempat kerja sahaja. Dah ada pengalaman macam ni jadi saya pilih untuk lebih berhati-hati."Rezeki masing-masing, sepatutnya kena fikir macam tu. Tak percaya Allah ke? Sembahyang tapi tak yakin kuasa Allah. Tak faham la manusia ni," demikian antara komen netizen.