suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar! Wanita rakam bintik cahaya di atas langit, anggap bukti UFO - “Bukan sesuatu yang semula jadi”

Rakaman UFO oleh seorang wanita yang menjadi tular.

SATU rakaman yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Begitulah kisahnya apabila seorang wanita berjaya merakam tiga bintik cahaya dipercayai merupakan objek terbang tidak dikenali (UFO) berpusing-pusing di atas langit pada Selasa.

Dalam kejadian di Britain itu, wanita dikenali sebagai Denise Bettey sedang memandu pada waktu pagi apabila melihat cahaya misteri berlegar di ruang udara.

Denise kemudiannya langsung memberhentikan kereta di bahu jalan dan mengeluarkan telefon pintar untuk mula merakam.

"Bintik cahaya itu bergerak dalam formasi yang pelik, ia bukan sesuatu yang semula jadi. Saya yakin saya tidak tersilap tengok.

"Tidak lama kemudian, bintik cahaya itu sekelip mata hilang daripada pandangan," ujar Denise. -Agensi

Artikel Lain