suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar foto satelit Google papar perkataan 'tolong' di tapak pembinaan, pemilik nafi kegiatan jenayah

Foto satelit Google Maps yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

KEBIMBANGAN timbul dalam kalangan warga maya apabila foto satelit dari Google Maps dengan mesej misteri menjadi tular di media sosial.

Dalam gambar tersebut, di mana lokasinya dipercayai di sebuah tapak pembinaan, dapat dilihat perkataan 'help' atau dalam Bahasa Melayu 'tolong' diukir pada atas tanah dan pasir, seperti seseorang meminta bantuan kecemasan.

Menurut laporan polis tempatan, lokasi itu terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat dan merupakan hartanah milik syarikat kereta api, Union Pacific Railroad.

Antara mesej lain yang ditulis adalah 'LAPD' dan 'federal', merujuk kepada jabatan polis.

Satu lagi mesej yang mencuri tumpuan ramai adalah perkataan 'trafico' atau dalam bahasa Sepanyol bermaksud trafik, berkemungkinan merujuk kepada aktiviti pemerdagangan manusia.

Pelayar berteka-teki bahawa mesej itu adalah isyarat kecemasan SOS daripada mangsa pemerdagangan manusia yang cuba mendapatkan bantuan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Union Pacific Railroad dalam satu kenyataan menjelaskan tulisan itu merupakan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menceroboh masuk kawasan persendirian, ia sudah ditemukan sejak setahun lalu.

"Tiada ancaman bahaya atau kegiatan jenayah di sini. Individu itu sengaja membuat mesej terbabit untuk mengelirukan orang ramai.

"Banyak lagi lot persendirian di kawasan ini yang menjadi mangsa vandalisme oleh individu sama," ujarnya. -Agensi

Artikel Lain