suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru tahu batas sebenar wanita haid dalam kawasan masjid... Rupanya duduk di beranda pun tak boleh!

Majlis akad nikah sering diadakan di dalam kawasan masjid. -Gambar hiasan AI

PERSOALAN mengenai hukum wanita yang sedang haid berada di kawasan masjid sering menjadi perdebatan, terutama apabila melibatkan ruang seperti beranda atau kawasan luar dewan solat.

Sebagai contoh, ada wanita yang mungkin perlu menghadiri majlis akad nikah di masjid, namun dalam masa sama sedang dalam keadaan tidak suci.

Situasi ini menimbulkan persoalan sama ada mereka dibenarkan berada di kawasan tertentu dalam masjid atau hanya kawasan utama yang perlu dielakkan.

Seorang individu turut membangkitkan persoalan tersebut dan mendapatkan penjelasan menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jawapan:

Selain daripada kawasan utama masjid, para ulama turut membincangkan mengenai kawasan di tepi masjid yang dikenali dengan istilah rahbah dan harim. 

Secara bahasa, rahbah merujuk kepada kawasan yang lapang, dan dalam konteks masjid, ia merujuk kepada beranda masjid.

Muslims perform tarawih prayers to welcome the holy fasting month of Ramadan at the National Mosque in Kuala Lumpur, March 1, 2025. — GLENN GUAN/The Star

Umat Islam perlu bersama-sama menjaga kesucian masjid. -Gambar hiasan

Harim pula merupakan tempat yang disediakan untuk membuang sampah masjid atau tempat membuang air atau sebagainya. 

Menurut ulama Mazhab Syafii, mana-mana kawasan yang bersambung dengan masjid, seperti beranda (rahbah), turut dihukumkan sebagai masjid.

Oleh itu, wanita yang sedang haid tidak dibenarkan berada di kawasan tersebut.

Secara umumnya, hukum wanita yang sedang haid memasuki masjid adalah haram menurut majoriti ulama. 

Larangan tersebut berasaskan sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya masjid tidak halal untuk dimasuki oleh orang yang berjunub dan wanita yang sedang dalam keadaan haid.” [Riwayat Abu Daud]

Kesimpulannya, kawasan larangan bagi wanita yang sedang haid untuk berada di masjid bukan sahaja terbatas kepada ruang solat utama, bahkan turut merangkumi semua bahagian yang bersambung dengannya, seperti beranda, yang dihukumkan sebagai sebahagian daripada masjid.

Oleh itu, wanita dalam keadaan haid tidak dibenarkan berada di kawasan-kawasan tersebut.

Namun begitu, syariat memberi pengecualian dalam keadaan darurat.

Contohnya apabila seseorang yang berjunub berada di dalam masjid tetapi tidak dapat keluar kerana ancaman bahaya, maka diharuskan baginya untuk kekal berada di dalam masjid sehingga keadaan kembali selamat.

Artikel Lain