suria

Azhar Sulaiman faham jiwa anak remaja, harap Kasih Leona berubah apabila berjauhan dengan keluarga di UK

Azhar Sulaiman berharap agar anak-anaknya menjadi individu yang lebih baik.

PELAKON Azhar Sulaiman meluahkan rasa syukur apabila dua anaknya iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin berjaya menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di sebuah universiti di United Kingdom.

Azhar, 51, berkata ini merupakan waktu yang terbaik untuk anaknya berhijrah menuntut ilmu di luar negara dan berubah menjadi individu yang lebih baik selepas ini.

"Pertama sekalinya, saya bersyukur kerana kedua-dua anak kembar saya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara secara serentak.

"Sudah tentu sebagai bapa saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan mereka dengan menaik taraf satu lagi tangga dalam kehidupan iaitu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Saya berharap di sana mereka akan menjadi individu yang lebih baik dan seterusnya pulang ke Malaysia mendapat pekerjaan yang bagus," katanya kepada mStar.

kasih1

Leona dan Rees melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UK.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman ulas kes Puteri Balqis, Kasih Leona pula kena maki... “Tolong henti kaitkan apa yang dilakukan dengan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dituduh skandal suami orang... Azhar Sulaiman enggan ambil tindakan, minta Azira dapatkan bantuan

Dalam pada itu, Azhar juga berkata dia ingin melihat anak-anaknya menjalani kehidupan normal seperti orang lain termasuklah mendirikan rumah tangga apabila tiba waktunya.

"Balik sahaja ke Malaysia harapnya mereka boleh mendapatkan pekerjaan yang baik... umur 25 atau 26 settle down untuk berkahwin.

"Saya tidak meletakkan syarat umur untuk mereka berkahwin tetapi apa yang saya harapkan mereka hidup seperti orang normal yang lain.

"Mereka juga pasti ingin melihat anak-anak masuk ke universiti, jadi kalau kahwin lambat nanti bila anak sambung belajar, mereka pun sudah tua," ujarnya.

Sebelum ini, Azhar menerusi laman Instagram memberitahu dia tidak begitu sedih melepaskan anak-anak belajar di luar negara kerana mereka sudah biasa melancong ke luar negara.

azhar famili

Azhar harap anak berubah selepas menyambung pengajian di luar negara.

"Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan imej baharu, UK kan sejuk," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, Azhar meletakkan harapan agar anak gadisnya itu mengambil peluang untuk berubah menjadi individu lebih baik sepanjang hidup berjauhan dengan keluarga.

"Tidak dinafikan penampilan Leona sering mendapat perhatian para peminat saya. Saya berharap apabila Leona ke UK dia dapat tukar mindset dan berfikir ke arah positif.

"Apa-apa pun saya faham Leona masih remaja, dia perlu melalui banyak fasa dalam kehidupan, jadi saya beri dia ruang untuk berfikir sendiri mana yang baik dan buruk untuk dirinya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain