suria

Aksi mesra Emma Maembong dan Shah Jaszle siap bertepuk punggung undang kecaman… Michael Ang tak tahu video dah tular!

Michael Ang enggan panjangkan isu penularan video mesra pelakon Emma Maembong dan Shahz Jaszle.

SEJAK beberapa hari lalu tular rakaman adegan mesra melibatkan pelakon Emma Maembong dan Shah Jaszle yang dilihat terlebih 'mesra' ketika menjalani penggambaran drama berjudul Mati Pucuk.

Aksi mesra mereka mengundang kecaman netizen apatah lagi kedua-dua pelakon itu sudah mendirikan rumah tangga dan sepatutnya mengetahui batas meskipun sekadar berlakon.

Pengarahnya, Michael Ang ketika dihubungi mStar enggan mengulas mengenai isu tersebut memandangkan dia sendiri tidak mengetahui tentang penularan video berkenaan.

"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini sebab tidak tahu apa-apa malah tidak lihat sebarang video seperti diperkatakan," katanya.

WhatsApp Image 2022-08-11 at 4.38.07 PM

Tangkap layar video yang mempamerkan aksi mesra Emma Maembong dan Shahz Jaszle.

Bagaimanapun, Michael menjelaskan Emma dan Shah mengenakan busana pengantin bagi menjayakan salah satu babak perkahwinan dalam drama berkenaan.

Jelasnya, bagi menjayakan babak berkenaan watak yang dilakonkan mereka perlu dilihat mesra kerana baharu berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam filem lucah! Zul Ariffin ‘upload’ aksi panas... Netizen kata tak sesuai jadi drama Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai singlet ketat, lain macam fesyen OOTD Emma Maembong... Netizen kata makin seksi, rindu imej ‘bertutup’ dahulu

"Memang mereka ketika itu sedang menjalani penggambaran babak sesi fotografi perkahwinan.

"Mustahil kita hendak lakukan babak perkahwinan dengan mengenakan jarak empat meter," jelasnya.

Sementara itu, Michael turut enggan mengulas lanjut mengenai pertikaian warganet berhubung keperluan kedua-dua pelakon itu beraksi melampaui batas memandangkan mereka sudah berkahwin.

298140415_1078008742854785_5903866125669165803_n

Kedua-dua pelakon tidak memberi sebarang maklum balas mengenai adegan yang dikatakan 'terlalu' mesra sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan penonton.

"Saya tidak tahu apa-apa, kalau ada video itu mereka rekod sendiri, tiada kena mengena dengan saya. Sekiranya tak mahu lihat, tonton siaran TV Al-Hijrah," ujarnya.

Sebelum ini tular video menunjukkan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 30, berpelukan dengan Shah dan rakaman itu dimuat naik sendiri oleh aktor itu menerusi akaun laman sosialnya.

Tidak terhenti disitu, muncul pula video di TikTok yang mendakwa Emma menepuk punggung Shah atau atau Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 34 selain berpelukan mesra.

Perkara tersebut tentu sahaja menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan peminat yang mengkritik perbuatan itu sebagai tidak seharusnya berlaku.

Usaha mStar menghubungi kedua-dua pelakon itu bagi mendapatkan reaksi mereka berhubung isu berkenaan tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain