suria

Pakai singlet ketat, lain macam fesyen OOTD Emma Maembong... Netizen kata makin seksi, rindu imej ‘bertutup’ dahulu

Emma tampil memakai singlet dan kongsi di IG.

NAMA pelakon Emma Maembong menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila memuat naik video dengan penampilan yang dikatakan seksi dan mencolok mata.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dilihat menggayakan singlet putih ketat dan berseluar merah.

Dia juga dilihat tampil mengubah gaya rambut dengan bertocang panjang dan mewarnakan biru.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang bawa balik sikap baran, Emma Maembong ambil masa bersendirian sebelum pulang ke rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati Emma Maembong ‘bibik’ dilayan baik akhirnya lari ikut kekasih

Rata-rata pengikut meninggalkan komen menegur penampilan Emma yang dilihat semakin seksi dan membandingkan dengan penampilannya semasa berhijab dahulu.

Selain itu, peminat juga mendoakan supaya Emma diberikan hidayah dapat menutup aurat dengan sempurna.

emma 1

Antara komen netizen di IG.

"Semakin seksi sekarang! Kalau bertutup litup macam dulu balik kan lagi lawa.

"Simpanlah auratmu Emma! Semoga mendapat hidayah secepat mungkin, Allah dah kurniakan anak yang comel dan bijak.

"Semoga dapat hidayah, rindu Emma yang dulu. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Emma," antara komen netizen.

emma 2

Netizen rindu imej bertudung Emma dahulu.

Difahamkan Emma kini bersama keluarga dan kenalannya sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Sebelum ini, Emma pernah beberapa kali menerima kritikan berhubung isu pemakaiannya.

Nama Emma pernah menjadi kontroversi pada tahun 2019 selepas mengambil keputusan membuka tudung selepas beberapa keping foto tidak berhijab bersama seorang lelaki tular dalam media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain